Reformasi pendidikan Islam dalam pentadbiran Arab Hadhrami di Johor dari 1909-1934

Fauzi, N. and Ismail, S. and Suhaimi, A.Q.M. (2013) Reformasi pendidikan Islam dalam pentadbiran Arab Hadhrami di Johor dari 1909-1934. In: Dimensi Islam dalam penyelidikan kontemporari. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, pp. 65-86. ISBN 9789675534287

Full text not available from this repository.

Abstract

Masyarakat Arab Hadhrami terbukti telah memainkan peranan yang signifikan dalam membantu pembangunan sosio ekonomi di Johor. Peranan ini dapat dilihat melalui autoriti yang dipegang dalam hal ehwal ekonomi, politik dan sosial di negeri tersebut. Kemahiran dan kepakaran yang dimiliki mereka terserlah apabila golongan ini berjaya menarik perhatian istana Johor untuk mengetuai organisasi keagamaan bersangkutan dengan undang-undang dan pendidikan Islam secara khusus. Menariknya, berbanding dengan negeri lain di seluruh Tanah Melayu, sejarah pentadbiran Johor menyaksikan penglibatan seramai enam orang ulama Arab HAdhrami dilantik sebagai mufti. Penglibatan kedua-dua ulama Arab Hadhrami ini dalam institusi yang melibatkan sektor pentadbiran dan pendidikan Islam sebelum hadir ke Johor menjana titik perkembangan yang bermakna bagi masyarakat Islam di negeri Johor. Kajian ini secara khususnya akan menilai martabat dan kedudukan pendidikan Islam yang diangkat statusnya sewaktu istana Johor ditadbir oleh ulama Arab Hadhrami dalam tempoh 1909-1933M.

Item Type: Book Section
Additional Information: Call number: BP15 Dim (PPZ, UMM); 2015/000003 (Arkib)
Uncontrolled Keywords: Reformasi pendidikan Islam; Arab Hadhrami; Johor; 1909-1934
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
D History General and Old World > DS Asia
L Education > L Education (General)
Divisions: Academy of Islamic Studies
Depositing User: Ms. Juhaida Abd Rahim
Date Deposited: 09 Feb 2015 07:59
Last Modified: 09 Feb 2015 07:59
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/12645

Actions (login required)

View Item View Item