Realiti dan cabaran dalam rawatan Islam: analisis Hadith-hadith tentang pendekatan dan kaedah rawatan Nabi s.a.w merawat penyakit sihir

Ahmad, Khadher and Suliaman, Ishak (2011) Realiti dan cabaran dalam rawatan Islam: analisis Hadith-hadith tentang pendekatan dan kaedah rawatan Nabi s.a.w merawat penyakit sihir. In: Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah: Realiti dan Cabaran Semasa (MUSNAD), University Malaya.

[img]
Preview
PDF (Hadith dan Rawatan Penyakit Sihir)
M12_Khadher-MUSNAD2011.pdf - Published Version

Download (848kB)

Abstract

Perkembangan pusat-pusat rawatan Islam kini menyaksikan wujudnya pelbagai pendekatan dan kaedah yang dilabelkan sebagai “Pengubatan Islam” atau “Rawatan Islam”. Realitinya, hanya sebahagian daripada pusat-pusat rawatan Islam tersebut yang benar-benar mengikut petunjuk al-Quran dan sunnah dalam rawatan yang dijalankan. Sebahagian yang lain hanya melebelkan mereka pendokong rawatan Islam, pada hal berlaku pencampuran antara hak dan batil serta kadang kala kaedah rawatan yang dijalankan menyalahi syariat. Melalui analisis kualitatif dan kuantitatif, artikel ini berusaha untuk mengumpulkan hadith-hadith yang berkaitan dengan rawatan sihir dan menilai fiqh al-hadith bagi menjelaskan pendekatan dan kaedah rawatan Rasulullah SAW merawat dan menghadapi penyakit ini. Hasil penelitian mendapati bahawa terdapat tujuh (7) pendekatan dan kaedah rawatan yang dapat dijana melalui fiqh al-hadith tersebut iaitu, (1) Kaedah Mengenalpasti Tempat Barang Sihir Disembunyikan, (2) Kaedah Mengeluarkan Bahan Sihir dan Membatalkannya, (3) Kaedah Menanam dan Memusnahkan Bahan Sihir, (4) Kaedah Ruqyah Ke Atas Mangsa Sihir (Termasuk Melakukan al-Nushrah Yang Dibenarkan), (5) Kaedah Memberi Minum Air Ruqyah, (6) Kaedah Tepukan (Menepuk-Nepuk Tubuh Pesakit Menggunakan Tapak Tangan), dan (7) Kaedah Mandi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Additional Information: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Uncontrolled Keywords: Hadith
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
Depositing User: Dr Ishak Hj. Suliaman
Date Deposited: 25 Aug 2011 01:54
Last Modified: 10 Jan 2020 08:29
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/2042

Actions (login required)

View Item View Item