Ramalan kepekatan oksigen terlarut menggunakan analisis siri masa di sungai langat, Hulu Langat Selangor

Jauhir, H. and Khamis, A. and Mustafa, Z. and Zain, Sharifuddin Md (2001) Ramalan kepekatan oksigen terlarut menggunakan analisis siri masa di sungai langat, Hulu Langat Selangor. Matematika, 17 (2). pp. 77-87. ISSN 0127-8274

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: http://myais.fsktm.um.edu.my/5680/1/Matematika_Dec...

Abstract

Kajian ini difokuskan kepada data oksigen terlarut (DO) Sungai Langat bagi tempoh sepuluh tahun iaitu dari tahun 1988 sehingga tahun 1997. Data lapan tahun (1988-1995) digunakan untuk mendapatkan model ramalan terbaik menggunakan analisis siri masa (Model ARIMA). Manakala data tahun ke sembilan dan kesepuluh (1996 dan 1997) digunakan sebagai data ujian kebaikan padanan ke atas model. Data ini dicerap di stesen pensampelan yang digunakan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia di Sungai Langat Selangor. Hasil kajian mendapati berlaku penurunan kepekatan DO yang agak seragam dari tahun 1988 sehingga 1995, iaitu berlaku peningkatan pencemaran ke atas air sungai di Sungai Langat yang boleh dikaitkan dengan peningkatan guna tanah akibat daripada peningkatan dalam pembangunan prasarana dan populasi di kawasan tersebut. Kajian cuba mempaparkan kepentingan dan kegunaan analisi siri masa, ARIMA dalam meramal DO untuk perancangan masa hadapan demi pemuliharaan alam sekitar di stesen kajian.

Item Type: Article
Additional Information: Department of Chemistry, Faculty of Science Building, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA
Uncontrolled Keywords: Oksigen terlarut (DO), analisis siri masa, model ARIMA, Sungai Langat River
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Divisions: Faculty of Science > Dept of Chemistry
Depositing User: Miss Malisa Diana
Date Deposited: 22 Apr 2013 01:26
Last Modified: 21 Aug 2019 09:25
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/5840

Actions (login required)

View Item View Item