Penambahbaikan peranan pegawai tadbir di PTj akademik: Penjenamaan pengurus pentadbiran PTj akademik, Universiti Malaya

Kamal Amir, Noor Lailatul Marini and Hassim, Kamarul Fairuz and Ab. Hamid, Wan Nooraini and Kachi Maiden, Mohd Nasruddin and Abd Rahim, Rozaini (2022) Penambahbaikan peranan pegawai tadbir di PTj akademik: Penjenamaan pengurus pentadbiran PTj akademik, Universiti Malaya. In: Konvensyen Pentadbir Universiti Awam 2022, 18-20 August 2022, Johor, Malaysia. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Puan Noor Lailatul Marini Kamal Amir.pdf

Download (321kB) | Preview

Abstract

Peranan Pegawai Tadbir dalam melaksanakan urusan pentadbiran di Universiti bukanlah satu tugasan baharu yang perlu dikaji semula dari aspek deskripsi tugas, meskipun skop pengurusan mungkin berubah mengikut peredaran masa. Tugas dan tanggungjawab Pegawai Tadbir di PTj Akademik melangkah setapak maju ke hadapan untuk mencapai misi dan visi universiti. Usaha dan dedikasi Pegawai Tadbir dalam mengurus sistem pentadbiran diumpamakan seperti darah yang mengalir dalam tubuh seseorang, yang mana jika tidak diuruskan dengan baik boleh berlaku kekejangan dalam aliran urus tadbir di PTj. Universiti Malaya telah mengangkat peranan ini dan melaksanakan anjakan paradigma dengan mengubah nomenclature baharu Pegawai Tadbir ke Pengurus (Pentadbiran). Ia dilaksanakan di PTj Akademik sahaja dan peranan Pengurus (Pentadbiran) telah diperluas dalam skop yang menyeluruh sebaris dengan peranan Timbalan Dekan. Urusan pentadbiran di Bahagian Akademik, Sumber Manusia (termasuk kewangan), Penyelidikan, Penjanaan Pendapatan, Keterlihatan, Pembangunan (Infrastruktur & ICT) dan Pendokumentasian, Akreditasi & Audit diletakkan di bawah bidang kuasa Pengurus (Pentadbiran). Perubahan ini telah memberi suntikan baharu kepada Pengurus (Pentadbiran) melalui transformasi global dalam aspek kepimpinan. Eksasais ini dapat mengangkat peranan Pegawai Tadbir dan melatih aspek kepimpinan dalam membuat keputusan, meningkatkan keyakinan, membentuk strategi berimpak tinggi dan memperkasa komunikasi dalam kepelbagaian bidang. Pemerkasaan Pegawai Tadbir ke Pengurus (Pentadbiran) boleh menjadi penanda aras kepada institusi pengajian tinggi yang lain dalam membudayakan kepimpinan global dan menyediakan pelapis ke arah jawatan pentadbiran lebih tinggi dengan melihat kaedah yang bersesuaian merujuk bidang tujahan institusi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Uncontrolled Keywords: Pemerkasaan; Pentadbiran; Kepimpinan; Pegawai Tadbir; Strategi; Transformasi Global
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Depositing User: Ms Noorsuzila Mohamad
Date Deposited: 20 Sep 2022 07:08
Last Modified: 20 Sep 2022 07:08
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/35230

Actions (login required)

View Item View Item