Adat penggantian dalam kesultanan Melayu: penerusan dan perubahan

Ghazali, Abdullah Zakaria (2019) Adat penggantian dalam kesultanan Melayu: penerusan dan perubahan. In: Majlis Polemik Sejarah Malaysia Sesi Ke-43, 8 Ogos 2019, Arkib Negara Malaysia. (Unpublished)

[img]
Preview
Text (Full Text)
(2) Adat Penggantian dalam Kesultanan Melayu_Penerusan dan Perubahan.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Adat penggantian dalam institusi raja Melayu wujud bersama institusi tersebut. Institusi raja Kedah diasaskan kira-kira 1300 tahun atau 13 abad yang lalu. Institusi raja Melaka diasaskan pada 1262. Kedua-duanya berubah sebagai kesultanan; Kedah apabila rajanya Maharaja Derbar Raja memeluk agama Islam, bergelar Sultan Muzaffar Shah pada 1136, dan Melaka pula apabila Raja Kechil Besar memeluk agama Islam, bergelar Sultan Muhammad Shah pada 1280-an. Ikatan politik dan sosial menjadi elemen penting dalam adat penggantian. Pemahaman dan penghormatan terhadap ikatan politik dan sosial penggantian mengutamakan putera sulong Sultan sebagai waris pertama atau kerabat raja berterusan sehingga adat ini terganggun kerana kelonggaran aturan penggantian, campur tangan Siam dan British. Perubahan dalam peraturan penggantian berubah lagi ketika pentadbiran tentera Jepun dan British, serta setelah negeri beraja mempunyai undang-undang tubuh yang di dalamnya terdapat perkara khusus tentang penggantian. Bermula dari Kesultanan Kedah, perbincangan mengenai penerusan dan perubahan adat penggantian diberi perhatian. Sementara itu dalam perbincangan pula naskhah Melayu, rekod rasmi British, Persekutuan dan Negeri; serta sumber sekunder dirujuk. Adat penggantian ini mengalami penerusan dan perubahan sejak kesultanan Melayu sehingga zahirnya undang-undang mengawal dan menentukan penggantian dalam kesultanan Melayu.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Prof. Emeritus Datuk Dr. Abdullah Zakarian bin Ghazali. Universiti Malaya.
Uncontrolled Keywords: Institusi Raja Melayu; Adat Penggantian; Penerusan dan Perubahan
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences
Depositing User: Ms. Juhaida Abd Rahim
Date Deposited: 28 Jan 2020 08:44
Last Modified: 29 Jan 2020 04:12
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/23605

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year