Interaktif : portal web sumber digital dan perkhidmatan on-line Perpustakaan Universiti Malaya

Mahbob, Y. (2011) Interaktif : portal web sumber digital dan perkhidmatan on-line Perpustakaan Universiti Malaya. In: Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik (SKPA) 2011, 5-7 Julai 2011, Grand River View Hotel, Kota Bahru, Kelantan. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
interaktif-kelantan-mahbobyusof.pdf

Download (2MB)

Abstract

Interaktif adalah sistem portal maklumat pacuan pengguna yang dibangun dan dihoskan sendiri oleh Perpustakaan UM yang berfungsi sebagai gerbang akses setempat kepada sumber digital dan perkhidmatan on-linenya. Aplikasi client-server dengan antaramuka Web ini telah dilancarkan pada bulan Ogos 2002 dan Perpustakaan UM adalah yang pertama di Malaysia menawarkan perkhidmatan portal Web seumpamanya. interaktif mengindeks lebih 70 ribu sumber digital on-line yang dilanggan termasuk lebih 20 ribu judul e-jurnal dan 50 ribu judul e-book. interaktif seterusnya menyusun, mempakej dan memaparkannya secara dinamik kepada pengguna berdasarkan enjin pengesyor (recommendation) dan personalisasi (personalization). Enjin pengesyor menapis kandungan dan memadankannya dengan profil pengguna sementara enjin personalisasi membolehkan pengguna membina myLibrary untuk dimuatkan sendiri dengan sumber pilihan mereka. interaktif juga adalah portal kepada perkhidmatan Perpustakaan termasuk pembekalan penerbitan yang membolehkan pemohon menyemak status permohonan real-time. Dari aspek pengurusan, interaktif menyediakan pelbagai analisa statistik berkaitan akses kepada sumber digital terutama untuk justifikasi kos langganannya yang tinggi dan merancang strategi promosi dan pendidikan pengguna. Dengan interaktif, Perpustakaan mengorak selangkah ke hadapan dalam memajukan perkhidmatan dengan inovasi sumber digital dan perkhidmatannya untuk meluaskan lagi akses, fungsi dan keberkesanannya.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Additional Information: Mahbob Yusof Deputy Chief Librarian University of Malaya Library
Uncontrolled Keywords: Portal; Personalisasi; e-journal; Sumber Digital; Perkhidmatan On-line; Statistik; Pangkalan Data; Akses
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Libraries
Divisions: Library
Depositing User: Mr. Faizal Hamzah
Date Deposited: 19 Aug 2011 02:18
Last Modified: 19 Aug 2011 03:06
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/2002

Actions (login required)

View Item View Item