Isu-isu sensitif dalam masyarakat majmuk di Malaysia pasca Pilihanraya Umum (PRU14): Aplikasi pendekatan kesederhanaan

Ramli, Mohd Anuar and Zulkepli, Muhammad Izzul Syahmi and Abdul Rahim, Rahimin Affandi and Razak, Muhd Imran Abd and Hamdan, Mohamad Naqib and Marinsah, Syamsul Azizul (2018) Isu-isu sensitif dalam masyarakat majmuk di Malaysia pasca Pilihanraya Umum (PRU14): Aplikasi pendekatan kesederhanaan. In: Penyelidikan serantau Islam dan alam Melayu : pendidikan, kewangan, kehartaan kenegaraan dan isu kontemporari. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, pp. 1-12. ISBN 9789675534812

[img]
Preview
Text (Full Text)
ISU-ISU_SENSITIF_DALAM_MASYARAKAT_MAJMUK.pdf

Download (6MB)

Abstract

Indikator hubungan sosial dalam masyarakat Malaysia sentiasa menunjukkan dalam keadaan pasang surut. Lebih-lebih lagi di era teknologi komunikasi dan maklumat kini. Saban hari timbul pelbagai isu yang melibatkan unsur-unsur provokasi, prejudis dan persepsi yang didorong oleh pelbagai faktor sama ada dalaman atau luaran. Terutamanya, dalam peralihan kuasa pasca PRU14, isu-isu sensitif yang timbul dalam masyarakat Malaysia merentasi kepercayaan dan pegangan agama, dan juga etnik perkauman. Berbanding sebelumnya, isu yang timbul lebih bersifat keagamaan dan perkauman. Sebaliknya pada masa kini, isu yang tercetus lebih cenderung kepada blok politik yang utama yang tidak lagi berdasarkan parti politik perkauman, khusus kaum Melayu, Cina dan India. Sebaliknya, isu sensitif di era baharu telah diwarnai dengan latar belakang parti politik yang multi agama dan multi kaum. Selaras dengan perubahan lanskap politik tersebut, isu-isu yang timbul merentasi stereotaip agama dan etnik. Sehubungan itu, kajian ini akan membincangkan tentang isu-isu sensitif dalam masyarakat majmuk di Malaysia pasca PRU14 dan merumuskan pendekatan yang relevan dengan prinsip kesederhanaan Islam dalam menangani isu sensitif yang berbangkit sesuai dengan realiti keragaman di Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut, isu-isu sensitif akan dikenalpasti secara rawak melalui media cetak dan media sosial dan akan dianalisis kandungannya. Berdasarkan isu tersebut, satu pendekatan kesederhanaan akan dirumuskan sebagai solusi yang efisien bagi menanganinya. Oleh itu, hubungan sosial perlu dipelihara oleh semua pihak agar keharmonian bersama dapat diwujudkan dalam suasana iklim politik baharu.

Item Type: Book Section
Funders: UNSPECIFIED
Additional Information: Conference paper
Uncontrolled Keywords: konflik; harmoni; stereotaip agama dan etnik; masyarakat majmuk; kesederhanaan
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Divisions: Academy of Islamic Studies
Depositing User: Mr. Mohd Safri
Date Deposited: 15 Jan 2019 07:13
Last Modified: 15 Jan 2019 07:13
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/19625

Actions (login required)

View Item View Item