Penubuhan Persekutuan Malaysia dalam buku teks Sejarah Tingkatan Lima

Fernando, J.M. (2017) Penubuhan Persekutuan Malaysia dalam buku teks Sejarah Tingkatan Lima. In: Seminar Guru Sejarah: Pemantapan dan Pengisian Ilmu Sejarah Topik Terpilih dalam Sukatan Sejarah Tingkatan 5, 10-11 August 2017, Dewan Kuliah C, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
DR_JOSEPH_FERNANDO.pdf - Draft Version

Download (156kB)

Abstract

Penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 merupakan satu peristiwa sejarah yang penting kerana ia banyak mengubah landskap politik negara serta rantau Asia Tenggara. Pembentukan Persekutuan Malaysia mewujudkan satu negara-bangsa yang lebih besar di Asia Tenggara yang merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak. Beberapa penulisan penting mengenai proses penubuhan Malaysia telah diterbitkan oleh para sarjana dalam dua dekad yang lepas kerana banyak rekod-rekod rasmi mengenai pembentukan Malaysia yang tersimpan di National Archives di Kew, London, telah dibuka kepada para sejarawan sejak 1993. Ini membolehkan sejarawan meneliti rekod-rekod asal dan sulit untuk memahami secara lebih mendalam proses rumit berkaitan pembentukan Malaysia dan cabaran yang dihadapi pemimpin pada masa itu. Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima menceritakan proses pembentukan Persekutuan Malaysia secara ringkas di antara halaman 136 hingga 155. Oleh kerana ruang yang diberikan untuk menceritakan sejarah Penubuhan Malaysia adalah terhad, naratif dalam buku teks ini tidak begitu mendalami sejarah yang kompleks di sebalik pembentukan Malaysia serta menganalisis asal-usulnya dengan lengkap. Hampir 20 halaman dalam buku teks menghuraikan Penubuhan Malaysia dan reaksi negeri-negeri yang terlibat, tetapi ruang teks adalah terhad kerana sebahagian besar halaman bab ini diisi dengan gambar, peta, jadual dan ilustrasi lain. Walaupun penghuraian dalam buku teks adalah memadai untuk pelajar Tingkatan Lima, saya berasa, dengan pendekatan pemikiran luar buku teks yang digalakkan sekarang, masih ada ruang untuk meningkatkan pengetahuan guru dan pelajar mengenai proses penubuhan Malaysia di antara 1961 dan 1963. Selain itu, kajian saya mengenai persoalan peperiksaan SPM berkaitan penubuhan Malaysia dalam lima tahun yang lepas menunjukkan jumlah soalan tentang tema ini adalah berkurangan. Hanya satu soalan esei (2013) berkaitan perkara pembentukan Malaysia terdapat dalam kertas soalan peperiksaan di peringkat SPM. Namun terdapat satu atau dua soalan mengenai pembentukan Malaysia dalam bahagian soalan objektif setiap tahun dalam lima tahun yang lepas. Kertas kerja ini akan bermula dengan perbincangan mengenai bahan rujukan yang penting berkaitan penubuhan Malaysia dan beberapa aspek penting mengenai proses pembentukan Malaysia yang terdapat dalam tulisan terbaru sejarawan. Ini akan diikuti dengan perbincangan mengenai soalan peperiksaan dan beberapa cadangan akan diutarakan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Conference Paper
Uncontrolled Keywords: Persekutuan Malaysia; Pejabat Tanah Jajahan; Tanah Melayu; Borneo Utara
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences
Depositing User: Mr. Mohd Safri
Date Deposited: 06 Oct 2017 08:33
Last Modified: 06 Oct 2017 08:33
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/17850

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year