Pergerakan politik di Sarawak: Isu penyerahan Sarawak kepada British

Ho, Hui Ling (2017) Pergerakan politik di Sarawak: Isu penyerahan Sarawak kepada British. In: Seminar Guru Sejarah: Pemantapan dan Pengisian Ilmu Sejarah Topik Terpilih dalam Sukatan Sejarah Tingkatan 5, 10-11 Ogos 2017, Dewan Kuliah C, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
DR_HO.pdf

Download (237kB)

Abstract

Sejarah lama Sarawak berhubung kait dengan sejarah Kesultanaan Brunei kerana kawasan Sarawak pada ketika itu merupakan wilayah jajahan Brunei iaitu sebelum tahun 1841. Sementara itu, sejarah moden negeri Sarawak bermula dengan pengasasan Dinasti Brooke pada tahun 1841. Keluarga Brooke mula berkuasa di Sarawak setelah James Brooke berjaya mematahkan pemberontakan di Sarawak (1836-1840) yang dilakukan oleh penduduk tempatan terhadap wakil pentadbir Brunei. Sebagai balasannya, James Brooke telah diisytiharkan sebagai Raja Sarawak pada 24 September 1841. Beliau mangkat pada 11 Jun 1868 dan diganti oleh anak saudaranya, Charles Brooke pada Ogos 1868. Pentadbiran Sarawak seterusnya diganti dengan Charles Vyner Brooke pada tahun 1917. Vyner Brooke memerintah Sarawak sehingga penaklukan Jepun pada Disember 1941 dan selepas Jepun tewas pula Sarawak diserahkan kepada kerajaan British sebagai tanah jajahan mahkota (Crown Colony) British secara rasminya pada 1 Julai 1946. Penyerahan Sarawak kepada British menjadi isu politik yang mendapat perhatian daripada pelbagai pihak di Sarawak khasnya penduduk Bumiputera. Isu penyerahan Sarawak ini merupakan isu utama yang dihadapi oleh kerajaan Sarawak dan pendudukannya selepas Jepun tewas. Ini kerana penyerahan Sarawak kepada British telah menimbulkan politik anti penyerahan di Sarawak. Pada ketika itu, orang Melayu berpecah kepada dua kumpulan, iaitu satu kumpulan menerima baik penyerahan Sarawak kepada British dan yang majoritinya menentang dengan melancarkan gerakan antipenyerahan (anti-cession). Begitu juga sebilangan orang Dayak di bawah Sarawak Dayak Association (SDA) atau Persatuan Dayak Sarawak (PDS) turut menyatakan bantahan mereka kepada perubahan taraf politik negeri Sarawak.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Additional Information: Conference Paper
Uncontrolled Keywords: Sarawak; Keluarga Brooke; British Crown Colony; British Borneo Civil Affairs Unit (BBCAU)
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences
Depositing User: Mr. Mohd Safri
Date Deposited: 06 Oct 2017 08:46
Last Modified: 26 Oct 2021 00:54
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/17849

Actions (login required)

View Item View Item