Kepelbagaian jenis latihan dalam perkhidmatan dan peningkatan profesionalisme guru berdasarkan kelayakan akademik Sub-Tema: Pendidikan Guru (Pembangunan Profesionalisme Guru)

Siti Nur Aisya Sugumarie bt Abdullah, S.N.A.S.A. and Razak, Ahmad Zabidi Abdul (2015) Kepelbagaian jenis latihan dalam perkhidmatan dan peningkatan profesionalisme guru berdasarkan kelayakan akademik Sub-Tema: Pendidikan Guru (Pembangunan Profesionalisme Guru). In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam 2015, Universiti Tun Hussein Onn. (Unpublished)

[img] Microsoft Word (Profesionalisme keguruan)
kepelbagaian_ladap.aisya.doc - Accepted Version

Download (64kB)

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat jenis latihan dalam perkhidmatan yang dijalankan di sekolah dan mengkaji perbezaan dalam peningkatan profesionalisme guru berdasarkan kelayakan akademik. Kajian ini dijalankan di enam buah sekolah menengah di daerah Petaling Utama. Seramai 174 guru telah menjadi responden kajian. Data yang dikumpul telah dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan perisian SPSS versi 21. Kaedah statistik yang telah digunakan ialah statistik deskriptif iaitu min, frekuensi dan peratus serta statistik inferensi iaitu ujian ANOVA Sehala. Kajian membuktikan bahawa banyak latihan dalam perkhidmatan dijalan dalam bentuk kuliah dan wujud perbezaan dalam peningkatan profesionalisme guru berdasarkan kelayakan akademik. Maka pihak pengurusan sekolah boleh mewujudkan peluang bagi mempelbagaikan jenis latihan dalam perkhidmatan supaya bersesuaian dengan keperluan guru. Pihak Kementerian pula boleh menambahkan peluang untuk sambung belajar kepada guru-guru. Diharapkan kajian ini menjadi panduan dalam menjadikan latihan dalam perkhidmatan sebagai platform untuk meningkatkan profesionalisme mereka. Kata kunci - kesesuaian; latihan dalam perkhidmatan; profesionalisme keguruan

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Uncontrolled Keywords: Practical in service; Teaching method; Education program; Teacher in Malaysia; Ministry of educatoin
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Faculty of Education
Depositing User: Ms SITI NUR AISYA SUGUMARIE ABDULLAH
Date Deposited: 06 Feb 2017 06:15
Last Modified: 30 May 2019 03:44
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/16788

Actions (login required)

View Item View Item