Aspek Kesesuaian latihan dalam perkhidmatan dan hubungannya dengan peningkatan profesionalisme keguruan

Siti Nur Aisya Sugumarie bt Abdullah, S.N.A.S.A. and Razak, Ahmad Zabidi Abdul (2014) Aspek Kesesuaian latihan dalam perkhidmatan dan hubungannya dengan peningkatan profesionalisme keguruan. In: Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru. (Unpublished)

[img] Microsoft Word
Artikel_Seminar_KKPG_2014_(18_Julai_2014).doc - Accepted Version

Download (92kB)

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai kesesuaian aspek-aspek latihan dalam perkhidmatan iaitu perancangan, kandungan, penyampai, hari dan tempoh latihan serta tempat latihan diadakan. Selain itu, kajian juga menilai hubungan di antara peningkatan profesionalisme guru terhadap aspek-aspek kesesuaian latihan dalam perkhidmatan. Kajian ini dijalankan di enam buah sekolah menengah di daerah Petaling Utama. Seramai 174 guru telah menjadi responden kajian. Data yang dikumpul telah dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan perisian SPSS versi 21. Kaedah statistik yang telah digunakan ialah statistik deskriptif iaitu min, frekuensi dan peratus serta statistik inferensi iaitu ujian Korelasi Pearson. Kajian membuktikan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara aspek-aspek perancangan, kandungan dan penyampai kursus dengan peningkatan profesionalisme guru. Pihak pengurusan sekolah boleh mewujudkan peluang yang lebih baik untuk menjadikan latihan dalam perkhidmatan bersesuaian dengan keperluan guru. Kementerian Pendidikan Malaysia juga diharapkan memanipulasi aspek perancangan, kandungan dan penyampai kursus agar latihan dalam perkhidmatan dapat mempromosikan profesionalisme guru. Diharapkan kajian ini menjadi panduan dalam menjadikan latihan dalam perkhidmatan bersesuaian bagi meningkatkan profesionalisme guru. Kata kunci: kesesuaian, latihan dalam perkhidmatan, profesionalisme keguruan

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Uncontrolled Keywords: Practical in education; Education management; Education system; Teaching; Malaysia
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Faculty of Education
Depositing User: Ms SITI NUR AISYA SUGUMARIE ABDULLAH
Date Deposited: 05 Dec 2016 09:48
Last Modified: 30 May 2019 03:45
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/16779

Actions (login required)

View Item View Item