Penggunaan bahan perhubungan media dalam Bahasa Melayu di Malaysia

Mohd Yahya, M.A. and Md. Sidin, A.I. (2008) Penggunaan bahan perhubungan media dalam Bahasa Melayu di Malaysia. In: Seminar Antarabangsa Bahasa Melayu Dalam Komunikasi Era Global., 01 - 03 Disember 2008, Auditorium Mahyuddin, Fakulti Pengurusan & Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu..

[img]
Preview
PDF (Full text)
Penggunaan_bahan_Perhubungan_Media_dalam_Bahasa_Melayu_di_Malaysia.pdf

Download (94kB)

Abstract

Bahan perhubungan media seperti siaran media, nota kepada pangarang dan jemputan kepada media merupakan alat penting dalam aktiviti perhubungan awam. Penggunaan bahan ini dianggap amat berkesan, mudah dan murah bagi kegiatan komunikasi pemasaran. Kajian ini akan berfokus kepada bahan perhubungan media dalam bahasa Melayu yang diterima oleh media massa daripada pelbagai organisasi. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk melihat beberapa aspek termasuk penggunaan bahasa pengantara, isu yang disentuh, butiran kandungan dan organisasi pengirim. Sebanyak 420 bahan perhubungan media telah dikumpulkan daripada dua organisasi media iaitu Berita Harian dan TV3 untuk digunakan sebagai sampel kajian. Dapatan menunjukkan bahan dalam bahasa Melayu yang diterima oleh kedua-kedua media adalah kurang berbanding dengan bahasa Inggeris. Organisasi seperi Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan badan berkanun banyak menggunakan bahasa Melayu dalam bahan perhubungan media berbanding swasta. Dapatan juga menunjukkan bahan perhubungan media berkaitan isu sosial dan politik banyak menggunakan bahasa Melayu berbanding isu ekonomi serta sains dan teknologi. Didapati bahan masih tidak menggunakan format penulisan kewartawanan yang menjadi asas kepada penulisan perhubungan awam. Di samping itu, tahap penggunaan bahasa juga didapati masih tidak memuaskan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Bahasa Melayu, media, perhubungan awam, komunikasi.
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Communication. Mass media
Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
Depositing User: Mr. Mohd Safri
Date Deposited: 24 Jun 2016 01:45
Last Modified: 24 Jun 2016 01:46
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/15970

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year