Rawatan kecederaan berasaskan teknik Platelet-Rich Plasma (PRP) menurut perspektif halal haram

Nurhidayah, S. and Nurul Hidayah, M.N. and Siti Aisyah, C.S. and Mohd Anuar, R. (2015) Rawatan kecederaan berasaskan teknik Platelet-Rich Plasma (PRP) menurut perspektif halal haram. In: Prosiding Seminar Fiqh Semasa (SeFis) 2015, 10 Jun 2015, Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)..

[img]
Preview
PDF (Full text)
0001.pdf

Download (2MB)

Abstract

Kepakaran perubatan dan kecanggihan teknologi masa kini dalam dunia perubatan telah menghasilkan pelbagai penemuan baharu. Misalnya dalam rawatan kecederaan, terdapat berbagai kaedah rawatan yang ditawarkan dengan kesan penyembuhan yang efisien dan kos yang kompetitif. Antaranya teknik rawatan yang berasaskan darah atau dikenali sebagai Platelet-Rich Plasma (PRP). Sehubungan itu, kajian ini akan menfokuskan terhadap hukum rawatan PRP dengan mengambilkira empat elemen asas, iaitu sumber bahan, teknik rawatan, tujuan rawatan serta hasil rawatan. Pengkaji akan merujuk literatur berkaitan dengan rawatan PRP dan menganalisis pandangan ulama berkaitan hukum penggunaan darah dalam rawatan kecederaan. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa sumber asas yang digunakan di dalam rawatan ini bersifat najis dan haram untuk digunakan. Namun, sekiranya digunakan untuk tujuan perubatan, maka, ia diharuskan penggunaannya pada konteks darurat serta dapat menjamin kesembuhan kepada diri pesakit.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Rawatan Platelet-Rich Plasma (PRP), perubatan, halal haram, darah, kecederaan, darurat.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
R Medicine > R Medicine (General)
Divisions: Academy of Islamic Studies
Depositing User: Mr. Mohd Safri
Date Deposited: 12 Nov 2015 02:41
Last Modified: 12 Nov 2015 02:41
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/14744

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year