Ramli, M.A. and Jamaludin, M.A. and Aminnuddin, A.Q. and Hamdan, M.N. (2015) Penyebaran maklumat palsu berkaitan produk halal dan implikasinya terhadap industri halal. In: Konferensi Antarabangsa Islam Borneo VIII (KAIB VIII), 2-3 September 2015, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Negara Brunei Darussalam.
|
PDF (Full text )
0001.pdf Download (4MB) |
Abstract
Perkembangan teknologi maklumat hari ini mempengaruhi pertumbuhan industri halal. Pengaruh yang positif dapat melonjakkan industri halal Negara, sebaliknya unsur yang negatif mampu merencatkan perkembangan industri halal. Ia bukan sahaja melibatkan serangan terhadap sesuatu produk semata-mata, malah menimbulkan implikasi terhadap para pengguna, pengusaha industri dan pihak autoriti halal. Sehubungan itu kajian ini akan membincangkan tentang penyebaran maklumat palsu berkaitan dengan produk halal dalam pasaran, medium penyebaran serta kesannya terhadap industri halal. Selain itu, kajian ini turut menjelaskan pandangan Islam terhadap penyebaran maklumat terse but berdasarkan hujah daripada al-Quran dan al-Sunnah. Untuk mencapai objektif tersebut, pengkaji akan mengaplikasikan kajian kepustakaan dengan meneliti literatur yang berkaitan sarna ada dari laman web, akhbar, serta bahan bercetak seperti buku dan artikel jurnal. Data kualitatif ini akan dianalisis secara induktif untuk merumuskan dapatan kajian. Hasil kajian mendapati, isu-isu halal yang palsu ini disebarkan tanpa penelitian yang khusus dan menimbulkan kesan negatif kepada pihak-pihak. Justeru kajian juga mencadangkan kriteria penapisan maklumat berteraskan syariat Islam agar isu yang tidak tepat ini dapat ditangani dengan baik dalam masyarakat Islam di Malaysia khususnya dan serantau umumnya di samping pertumbuhan industri halal mampu berkembang dengan pesat.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Funders: | UNSPECIFIED |
Uncontrolled Keywords: | Isu halal, maklumat palsu, produk halal, industri halal, pengguna, kepenggunaan Islam |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam |
Divisions: | Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul |
Depositing User: | Mr. Mohd Safri |
Date Deposited: | 05 Nov 2015 10:30 |
Last Modified: | 05 Nov 2015 10:30 |
URI: | http://eprints.um.edu.my/id/eprint/14517 |
Actions (login required)
View Item |