Peranan institusi fatwa Negara Brunei Darussalam dalam menangani isu-isu kepenggunaan halal

Aminnuddin, A.Q. and Ramli, M.A. (2015) Peranan institusi fatwa Negara Brunei Darussalam dalam menangani isu-isu kepenggunaan halal. In: Prosiding Konferensi Antarabangsa Islam Borneo VIII (KAIB), 2-3 September 2015, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Negara Brunei Dasussalam.

[img]
Preview
PDF (Full text)
0001.pdf

Download (2MB)

Abstract

Fatwa merupakan salah satu mekanisme yang dinamik dalam perkembangan hukum Islam semasa. Sejak tahun 1962, Jabatan Mufti Kerajaan (JMK) sebagai intitusi fatwa di Negara Brunei Darussalam (NBD) ditubuhkan bagi mengeluarkan fatwa dan menjawab permasalahan hukumyang ditanyakan agar penduduk negaranya menjalani kehidupan berlandaskan nilai-nilai Islam yang murni. oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan peranan JMK dalam membantu masyarakat Islam menghadapi permsalahan halal haram produk kepenggunaan sekali gus menghuraikan jenis-jenis isu kepenggunaan yang telah difatwakan oleh Mufti Kerajaan Brunei (MKB). Kajian ini mengaplikasikan kaedah kajian perpustakaan dengan metode analisis kandungan terhadap koleksi fatwa JMK dari tahun 2000 hingga 2013. Hasil kajian menunjukkan JMK merupakan salah sebuah badan autoriti yang mampu memainkan peranan penting membantu dan membimbing masyarakat Islam khususnya di NBD sebagai pengeluar, pengguna dan pengusaha produk kepenggunaan agar sentiasa mengambil yang halal serta menolak yang haram dan menjauhi yang syubha bukan sahaja melalui keputusan fatwanya. Malahan juga melalui beberapa aktiviti lain antaranya program siri bimbingan irsyad hukum, buku-buku terbitannya serta pegawai-pegawainya yang terlibat dalam penggubalan standard pemakanan halal dan segala garis panduan yang berkaitan. Manakala isu-isu kepenggunaan yang telah difatwakan MBK dari tahun 2000 hingga 2013 merangkumi segala aktiviti dari pelbagai aspek seperti makanan, minuman, kosmetik, dandanan diri, pakaian, perhiasan, peralatan, perkakasan, perubatan, farmaseutikal, pengangkutan, logistik, penyembelihan, perniagaan, perkhidmatan, permis dan restoren. Justeru, fatwa-fatwa ini dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran masyarakat Islam di NBD dalam isu halal dan haram.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Uncontrolled Keywords: Institusi fatwa, mufti, Jabatan Mufti Kerajaan, kepenggunaan, halal, Brunei.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
Depositing User: Mr. Mohd Safri
Date Deposited: 05 Nov 2015 10:29
Last Modified: 05 Nov 2015 10:29
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/14511

Actions (login required)

View Item View Item