Terjemahan sastera bahasa Rusia-bahasa Melayu: Cabaran dan cara penyelesaian

Pogadev, V.A. (2015) Terjemahan sastera bahasa Rusia-bahasa Melayu: Cabaran dan cara penyelesaian. In: A Monthly seminar of Nus antara's Malay-Indonesian Readings at Lomonosov Moscow State University, 15 August 2015, Lomonosov Moscow State University.

[img]
Preview
PDF
0001.pdf

Download (4MB)

Abstract

Masalah terjemahan prosa dianalisis dengan memberi contoh terjemahan novel Naratif Ogonshoto oleh Anwar Ridhwan (St.-Petersburg, 2009). Antaranya penterjemahan metafora yang menjadi satu komponen penting dalam sistem seni novel itu, unsur simile (perbandingan), personifikasi alam, kata eufemisme, mainan kata (pun), perbezaan nahu. Tidak luput juga masalah berkenaan dengan gender yang ada dalam Bahasa Rusia dan tidak ada dalam Bahasa Melayu. Penterjemahan puisi adalah lebih mencabar daripada penterjemahan prosa. Perkataan Melayu dalam ayat tidak banyak berubah seperti dalam bahasa Rusia. Jadi bilangan rima dalam bahasa Melayu adalah agak terhad. Tambahan pula, susunan perkataan dalam ayat Rusia adalah lebih fleksibel daripada susunan perkataan dalam bahasa Melayu. Dengan begitu, bahasa sendiri menentukan bentuk puisi yang paling sesuai, Masalah terjemahan puisi dianalisis dengan memberi contoh terjemahan pengalaman semasa menyusun antologi pertama sastera Rusia dalam bahasa Melayu yang bertajuk Mawar Emas, iaitu terjemahan sejumlah puisi klasik dan moden Rusia yang diterbitkan di Kuala Lumpur pada tahun 2009 oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (sekarang Institut Terjemahan & Buku Malaysia). Cabatan utama dalam penterjemahan puisi adalah: adakah perlu dalam proses penterjemahan puisi, rima yang merupakan ciri khas kebanyakan puisi Rusia dikekalkan sedangkan puisi Melayu kebanyakannya diwakili oleh verlibre kerana disebabkan struktur perkataan Melayu, bilangan rima dalam bahasa Melayu adalah terhad? Atau bentuk asal puisi Rusia dikekalkan dengan rima tetapi kandungan puisi dikorbankan? Bagaimanakah dengan penterjemahan perkataan yang berkaitan dengan realiti Rusia yang tidak dikenali oleh pembaca Malaysia? Dan secara arnnya, perlukah dalam terjemahan dikekalkan unsur budaya asing atau harus dianggap sebagai sebahagian sastera bahasa penerima. Sebagai kesimpulan, penterjemahan puisi dan prosa secara keseluruhannya adalah sangat penting bagi interaksi budaya antara negara yang berbeza. Melalui terjemahan sastera,budaya menjadi lebih kaya dan karya sastera sendiri menjadi lebih dikenali dalam skala seluruh dunia. Sastera boleh diterjemahkanjika kita bukan hanya mencari padanan atau tiruan tepat tetapi lebih bertumpu pada tafsiran makna teks. Kata-kata kunci: terjemahan prosa, terjemahan puisi, terjemahan dari bahasa Rusia, terjemahan dari bahasa Melayu

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PI Oriental languages and literatures
Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
Depositing User: Mr. Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman
Date Deposited: 04 Nov 2015 06:27
Last Modified: 30 Dec 2015 04:13
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/14482

Actions (login required)

View Item View Item