Abd Latif, Faizuri (2015) Ahl Al-Sunnah wa al-jama' ah dalam kary a akidah ulama Melayu: Tinjauan karya Sheikh Zainal Abidin Al-Fatan. In: Seminar serantau sumbangan ulama asha'irah dan maturidiyyah dalam pemantapan akidah Islamiah, 18-20 Ogos 2015, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam.
  | 
            
              
Text
 0001.pdf Download (4MB)  | 
          
Abstract
Sheikh Zainal Abidin al-Fatani atau lebih dikenali Tuan Minai merupakan seorang tokoh ulama Melayu yang aktif mengarang karya berkaitan akidah. Nama beliau berada sebaris dengan tokoh-tokoh ulama Melayu abad ke-18 dan 19.Beliau dilahirkan di Kampung Bendang Badang, Patani dan meninggal dunia dalam lingkungan tahun 1913M di Permatang Sungai Dua, Pulau Pinang. Sheikh Zainal Abidin al-Fatani bukan sahaja mengarang kitab-kitab agama, malah menghasilkan karya dalam pelbagai genre ilmu, namun karya berkaitan akidah lebih mendominasi berbanding karya lain. Artikel ini akan meneliti pemikiran Sheikh Zainal Abidin al-Fatani tentang pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah berdasarkan kitab akidah karangan beliau. Peringkat awal penelitian akan dilakukan dalam memahami pemikiran ulama Melayu tentang fahaman Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Berdasarkan penelitian yang dibuat mendapati bahawa beliau sebagaimana ulama Melayu lain menjadi pendokong kuat kepada aliran Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah beraliran al-Asyairah yang menjadi tunjang akidah umat Islam di Nusantara. Beberapa kitab akidah beliau menjadi bukti keutuhan pemikiran Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah dalam kerangka pemikiran ulama Melayu sejak beberapa dekad yang lalu. Kata Kunci: Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, Sheikh Zainal Abidin al-Fatani, Karya Ulama Melayu, Nusantara
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) | 
|---|---|
| Funders: | UNSPECIFIED | 
| Uncontrolled Keywords: | Postmodernist | 
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > General | 
| Divisions: | Academy of Islamic Studies > Dept of Aqidah & Islamic Thought | 
| Depositing User: | Mr. Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman | 
| Date Deposited: | 03 Nov 2015 00:23 | 
| Last Modified: | 18 Dec 2019 07:56 | 
| URI: | http://eprints.um.edu.my/id/eprint/14302 | 
Actions (login required)
![]()  | 
        View Item | 
        