Pengintenasionalan Bahasa Melayu oleh Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya di China, Thailand dan Singapura

Ab Karim, Ab Razak (2015) Pengintenasionalan Bahasa Melayu oleh Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya di China, Thailand dan Singapura. In: Memperkokoh Bahasa Indonesia sebagai Bahasa Internasional melalui diplomasi Bahasa dan Sastra dan Budaya, Universitas Islam, Malang, Indonesia.

[img]
Preview
PDF (Full text)
Pengintenasionalan_bahasa_melayu.pdf

Download (5MB)

Abstract

Bahasa Melayu menurut catatan sejarah telah digunakan oleh masyarakat di rantau ini sejak abad ke-7lagi berasaskan penemuan prasasti batu bersurat di Talang Tuwo, Kedukan Bukit, Kota Kapor, dan Karang Brahi di Sumatera. Sejak itu bahasa Melayu mula berkembang dan pada abad ke-14 hingga abad ke-19 bahasa Melayu klasik telah berkembang dan memainkan peranannya sebagai bahasa antarabangsa, bahasa ilmu pengetahuan, bahasa perdagangan, bahasa dalam pemikiran dan falsafah falsafah dan sebagainya. Pada waktu itu bahasa Melayu begitu agung sebagai linguafranca dan keagungannya diiktiraf oleh penjajah sehinggalah penjajah kemudiannya menghancurkan bahasa Melayu sehingga bahasa Melayu kurang berfungsi dan lemah dalam pelbagai perkara. Melalui perjanjian Inggeris Belanda pada tahun 1824 terjadinya pemisahan wilayah pentadbir antara Malaysia dan Indonesia dan ini mengakibatkan bahasa Melayu semakin lemah sedangkan bahasa Melayu sebelum ini tiada sempadan wilayah pentadbiran antara kedua-dua buah negara. Menjelang kemerdekaan Malaysia bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa Kebangsaan dan berfungsi sebagai bahasarasmi negara merdeka. Sehinggalah abad ke-20 bahasa Melayu melalui pelbagai onak dan duri dalam perkembangannya dan dalam era global ini bahasa Melayu telah diamanahkan agar menjadi salah satu bahasa utama dunia. Amanah ini telah digalas oleh Universiti Malaya melalui labatan Bahasa Melayu (JBM) , Akademi Pengajian Melayu (APM) untuk menginternasionalkan bahasa Melayu di negara-negara yang yang mempunyai potensi mengembangkan bahasa ini. Dalam makalah ini akan dibincangkan usaha-usaha dan langah-langkah yang diambil oleh JBM dalam mengembangkan bahasa Melayu di China, Singapura, Thailand dan Singapura. Sehingga kini bahasa Melayu telah menjadi bahasa yang sangat penting di China dan Singapura dan bilangan pelajar dari tahun ke tahun semakin bertambah. Di samping itu, permintaan daripada universiti-universiti di China untuk mengadakan MOU dan MOA bertambah setiap tahun kerana permintaan terhadap graduan bahasa Melayu begitu tinggi sekali.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Uncontrolled Keywords: Pengintenasionalan Bahasa Melayu
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academy of Malay Studies
Depositing User: Mr. Mohd Safri
Date Deposited: 22 Oct 2015 03:01
Last Modified: 09 Oct 2018 07:53
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/14233

Actions (login required)

View Item View Item