Analisis semantik dan morfologi leksikal Al-muwallad dalam kamus bahasa Arab

Abdullah, M. (2012) Analisis semantik dan morfologi leksikal Al-muwallad dalam kamus bahasa Arab. In: Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam, 03-06 July 2012, Seremban, Negeri Sembilan.

[img]
Preview
PDF
2-ANALISIS-SEMANTIK-DAN-MORFOLOGI-LEKSIKAL-Al-MUWALLAD.pdf - Published Version

Download (300kB)

Abstract

Kajian berbentuk kuantitatif ini akan dijalankan bertujuan untuk menganalisis item leksikal alMuwallad dalam kamus bahasa Arab dari aspek semantik serta kaitannya dari aspek morfologi. Kamus yang dipilih adalah Al-Mu‟jam Al-Arabiyy Al-Asasi iaitu merupakan salah satu kamus bahasa Arab moden dihasilkan oleh Jawatankuasa Pendidikan, Kebudayaan dan Keilmuan Arab. Leksikal al-Muwallad merujuk kepada leksikal yang diberikan makna baru atau dalam kata lain yang mengalami perubahan makna selari dengan peredaran masa. Data-data utama akan dikumpul daripada kamus Al-Mu‟jam Al-Arabiyy Al-Asasi secara manual dan sampel dipilih secara rawak daripada sekumpulan data tersebut. Sampel dianalisis menggunakan kaedah analisis teks dengan mengklasifikasikan berdasarkan bahagian-bahagian perubahan makna. Setelah mengenal pasti bahagian tersebut, data-data tersebut akan dilihat dari sudut perkaitan antara semantik (makna) dan morfologi (pola) untuk menjelaskan hubungan perkaitan antara dua aspek yang telah ditentukan. Secara umumnya, kajian ini berusaha merungkai perkaitan perubahan makna serta jenis pola yang wujud bagi setiap leksikal al-Muwallad.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 17 Sep 2015 03:23
Last Modified: 17 Sep 2015 03:23
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/13957

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year