Pengurusan kecairan berasaskan aset dan liabiliti perbankan Islam di Malaysia

Abd Halim, M.R. and Mohamad, M.T. and Sulaiman, A.A. (2012) Pengurusan kecairan berasaskan aset dan liabiliti perbankan Islam di Malaysia. In: Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) 2012, 04-06 June 2012, Ipoh, Perak.

[img]
Preview
PDF
PKEM2012_3D6.pdf - Published Version

Download (394kB)

Abstract

Risiko kecairan bukan sahaja satu topik yang menarik didalam perbankan islam, tetapi ia menjadi isu terhadap kesemua bank termasuk bank konvensional dan juga badan pengawalselia yang terlibat. Pengurusan kecairan yang mantap akan mampu mengelakkan bank dari mengalami kekurangan dalam deposit permintaan. Risiko kecairan adalah risiko kerugian yang disebabkan oleh kegagalan untuk mendapatkan dana pada kos yang berpatutan untuk membiayai operasi bank dan menyediakan liabiliti pada masa yang diperlukan. Bank islam khususnya mempunyai risiko kecairan yang berbeza dengan bank konvensional kerana instrumen dan produk yang digunakan adalah bebas daripada riba dan berlandaskan prinsip-prinsip syarak. Kajian ini akan melihat kepentingan kecairan yang berasaskan aset dan liabiliti. Spesifikasi model dibina dan berasaskan data panel melibatkan pembolehubah dalaman dan juga luaran bank merangkumi faktor-faktor makroekonomi dari tahun 1997 hingga 2010. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembiayaan perbankan islam tidak terpengaruh dengan nisbah kecairan berasakan aset dan liabiliti, akan tetapi signifikan terhadap beberapa pembolehubah yang lain.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Uncontrolled Keywords: Liquidity Bank, Asset and Liability, Risk Management
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
Divisions: Academy of Islamic Studies
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 21 Sep 2015 00:25
Last Modified: 21 Sep 2015 00:25
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/13952

Actions (login required)

View Item View Item