Konsep kecacatan rumah di Malaysia: Analisis dari perspektif Islam

Hasbulah, M.H. and Shahruddin, M.S. and Mohamed Adil, M.A. (2012) Konsep kecacatan rumah di Malaysia: Analisis dari perspektif Islam. In: Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) 2012, 04-06 Jun 2012, Ipoh, Perak.

[img]
Preview
PDF
PKEM2012_2D5.pdf - Published Version

Download (227kB)

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang konsep kecacatan rumah yang berlaku di Malaysia serta konsep jualan yang dipraktikkan. Namun, di sebalik perjanjian jual beli yang berlangsung, wujud kecacatan secara fizikal dan tersembunyi. Merujuk kepada firman Allah S.W.T menyeru kepada golongan beriman supaya amanah dalam segala hal dan jangan sesekali memakan harta sesama sendiri dengan jalan yang batil kecuali melalui jalan yang diredai antara satu sama lain. Keruncingan yang berlaku pada hari ini berkaitan dengan industri perumahan amat membimbangkan oleh kerana dari hari ke hari peningkatan masalah kecacatan rumah dicatatkan berdasarkan aduan pembeli. Perkara ini turut menyentuh pembangunan negara secara tidak langsung disebabkan sikap sesetengah pihak yang mengabaikan tanggungjawab sesama sendiri. Sehubungan itu, pihak kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa khas pemantau bagi kes kecacatan perumahan iaitu Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah yang terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pembeli rumah untuk menuntut ganti rugi atau pampasan dari pihak yang sepatutnya. Hal ini turut menjelaskan bagaimana sesebuah rumah itu diklasifikasikan sebagai cacat yang membawa kemudaratan kepada pembeli.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Uncontrolled Keywords: Architecture, defects, damages, fiqh of built environment, khiyar al-'ayb, compensation.
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Aqidah & Islamic Thought
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 17 Sep 2015 04:07
Last Modified: 17 Sep 2015 04:07
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/13948

Actions (login required)

View Item View Item