Budaya kesopanan berbahasa dalam kalangan masyarakat Melayu lama: Pelestarian & pemerkasaannya

Ab. Karim, A.R. (2011) Budaya kesopanan berbahasa dalam kalangan masyarakat Melayu lama: Pelestarian & pemerkasaannya. In: Prosiding Kongres Antarabangsa Bahasa Dan Budaya, 17-18 Sep 2011, Bandar Seri Begawan, Brunei.

[img]
Preview
PDF
0001.pdf - Published Version

Download (2MB)

Abstract

SETIAP BAHASA mempunyai peraturan kesopanan dalam hubungan antara ahli-ahli anggota masyarakatnya. Kesopanan boleh dilihat sarna ada melalui tingkah laku masyarakat penutur bahasa dan juga daripada aspek bahasa yang dituturkan oleh anggota masyarakat. Masyarakat Melayu memang kaya dengan pelbagai budaya yang diwarisi daripada generasi lampau untuk anggota masyarakatnya. Pelbagai bentuk budaya yang diwarisi kini dapat dilihat dalam pelbagai perkara dan salah satu daripada budaya yang diwariskan kepada generasi sekarang ialah kesopanan berbahasa dalam kalangan masyarakat Melayu. Ramai tidak menyedari bahawa dalam bahasa Melayu khususnya dan amnya bagi masyarakat Melayu bahawa terdapat budaya berbahasa yang menjadi amalan masyarakat zaman lampau yang kini kian terpinggir disebabkan masyarakat Melayu semakin moden sehinggakan budaya berbahasa kian dilupakan oleh generasi sekarang. Dalam makalah ini akan dibincangkan budaya kesopanan berbahasa yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu berdasarkan penggunaan bahasa dalam warkah-warkah Melayu dari abad ke-18 hingga abad ke-19. Berdasarkan warkah-warkah ini akan dapat dikupas budaya kesopanan yang digunakan oleh seseorang pengirim warkah kepada penerima warkah dan juga sebaliknya. Di samping itu, budaya kesopanan ini bukan sahaja menjadi amalan masyarakat Melayu zaman lampau tetapi juga oleh orang asing seperti Inggeris dan Belanda yang juga akur dengan budaya kesopanan yang menjadi amalan masyarakat zaman lampau dalam surat-menyurat mereka dengan pihak istana seperti sultan, raja dan juga pembesarpembesar Melayu pada waktu itu. Bentuk-bentuk kesopanan dan pelbagai strategi yang digunakan dalam warkah-warkah Melayu akan dibincangkan sebagai bukti bahawa masyarakat lampau mempunyai budaya kesopanan dalam berbahasa. Dalam makalah. ini juga akan. dibincangkan beberapa pucuk surat Melayu moden yang digunakan, terutama dalam urusan rasmi di agensi-agensi kerajaan kini sebagai perbandingan untuk memperlihatkan bahawa masyarakat kini telah menghilangkan budaya kesopanan dalam penulisan warkah mereka. unsur-unsur kesopanan yang telah hilang atau diabaikan dan tidak digunakan lagi itu akan dibincangkan. Faktor-faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku juga akan dihuraikan sebagai bandingan dengan warkahwarkah Melayu lama.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Budaya; Sopan santun; Melayu
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Divisions: Academy of Malay Studies
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 17 Jun 2015 02:51
Last Modified: 17 Jun 2015 02:51
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/13624

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year