Saleh, N.H. and Mohd Salleh, N. (2011) Pengambilan minuman beralkohol dalam kalangan pelajar dan kaitannya dengan pengaruh rakan. In: 1st International Conference on World-Class Education 2011, 05-06 Dec 2011, University of Malaya.
|
PDF
0001.pdf - Published Version Download (2MB) |
Abstract
Kertas kerja ini membincangkan berkaitan pengambilan minuman beralkohol dalam kalangan pelajar dan kaitannya dengan pengaruh rakan sebaya. Pengambilan alkohol didefinisikan sebagai minuman yang memabukkan dalam bentuk etil dan sejenis dadah yang bertindak pada otak manusia dan sering menyebabkan ketagihan. Pada hari ini pengambilan minuman beralkohol amat membimbangkan dalam masyarakat Malaysia. Hal ini jelas dibuktikan apabila Negara Malaysia merupakan Negara ke sepuluh terbesar dalam pengambilan alkohol di dunia. Memandangkan sejumlah besar penduduk Malaysia adalah terdiri daripada remaja, dan mereka juga merupakan golongan pelapis maka adalah penting mereka bebas daripada pengambilan alkohol yang jelas terbukti memberi kesan buruk kepada kesihatan. Oleh itu, kertas kerja ini akan mengupas dengan lebih lanjut lagi berkaitan kesan-kesan pengambilan alkohol, pengaruh rakan sebaya terhadap pengambilan alkohol dan jenis-jenis minuman alkohol. Kajian yang dijalankan diharapkan dapat memberi input yang berguna dalam mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pengambilan alkohol. Kajian ini juga diharapkan dapat memberi input kepada pelajar supaya mereka lebih peka dengan masalah pengambilan alkohol kerana ia boleh mengganggu kesejahteraan dan masa depan mereka. Justeru kajian ini dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan untuk merangka dan merancang strategi penyelesaian dengan lebih efektif.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Funders: | UNSPECIFIED |
Uncontrolled Keywords: | Minuman beralkohol, pelajar, pengaruh rakan |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
Divisions: | Faculty of Education |
Depositing User: | Mr. Mohd Samsul Ismail |
Date Deposited: | 16 Jun 2015 08:01 |
Last Modified: | 16 Jun 2015 08:01 |
URI: | http://eprints.um.edu.my/id/eprint/13589 |
Actions (login required)
View Item |