Pemahaman murid tahun lima tentang luas segi empat: Kajian awal

Subramaniam, M. and Nik Pa, N.A. (2011) Pemahaman murid tahun lima tentang luas segi empat: Kajian awal. In: 1st International Conference on World-Class Education 2011, 05-06 Dec 2011, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
0001.pdf - Published Version

Download (3MB)

Abstract

Kajian ini berlandaskan konstruktivisme radikal, bertujuan untuk mengenal pasti pemahaman murid Tahun Lima tentang luas segi empat dan kedua untuk mengenal. posit bagaimana pemahaman tentang luas yang dimiliki oleh murid Tahun Lima digunakan dalam menyelesaikan masalah membabitkan luas segi empat. Dalam konteks ini, kontruktivisme radikal membantu untuk menjawab persoalan kajian tentang pemahaman yang dipunyai oleh murid melalui aktiviti berbeza membabitkan gambaran mental tentang segi empat, pentafsiran rajah segi empat, perwakilan segi empat, gambaran mental tentang luas segi empat, makna tentang luas segi empat, dan penyelesaian masalah membabitkan luas segi empat. Data bagi kajian .ini merangkumi maklumat lisan dan bukan lisan yang dikumpulkan dan 6 orang murid Tahun Lima. Setiap sesi temuduga klinikal dirakammkan dengan video dan audio dan mengambil masa antara 45 minit sehingga 1 jam. Penganalisisan data membabitkan 4 peringkat, iaitu transkripsi rakaman audio dan video kepada bentuk bertulis, data mentah dalam bentuk protokol bertulis diolah dan disusun mengikut tema tertentu dan membentuk kajian kes yang membabitkan pemerihalan tingkahh laku peserta kajian tentang aspek tertentu luas segi empat, penganalisan merentasi peserta kajian, dan pengenalpastian pemahaman tentang luas segi empat yang dimiliki murid Tahun Lima. Hasil dapatan kajian pada peringkat awal bagi seorang murid Tahun Lima mendapati murid itu menggambarkan konsep segi tiga dan segi empat sebagai benda dalam kehidupan harian dan bentuk lukisan rajah. Gambaran mental tentang luas segi tiga dan luas segi empat berkisar dalam idea -: dimensi dalam bentuk tiga dimensi. Seterusnya, luas segi empat diiafsirkan sebagai penambahan panjang sisi dalam konteks peraturan perimeter dan sebagai bilangan unit dalam konteks banyak kepada satu.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Uncontrolled Keywords: Murid Tahun Lima, Luas Segi Empat, Temu duga Klinikal, Pemahaman, Makna, dan Konstruktivisme Radikal.
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Education
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 16 Jun 2015 08:00
Last Modified: 16 Jun 2015 08:00
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/13587

Actions (login required)

View Item View Item