diskusiMAYA: e-Pembelajaran untuk pelajar dewasa yang mengambil mod pengajian secara separuh masa

Shaharom, M.S.N. and Raja Hussain, R.M. (2011) diskusiMAYA: e-Pembelajaran untuk pelajar dewasa yang mengambil mod pengajian secara separuh masa. In: 1st International Conference on World-Class Education 2011, 05-06 Dec 2011, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
0001.pdf - Published Version

Download (3MB)

Abstract

Penggunaan Internet mampu mengurangkan jurang penglibatan pembelajaran para pelajar dewasa yang mengambil mod pengajian secara separuh masa. Dapatan kajian ini akan menyumbang kepada perbincangan bagaimana penyelidik mereka bentuk pembelajaran e-kolaboratif yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi mendapatkan interaktiviti pelajar bagi aktiviti pembelajaran yang dijalankan dan seterusnya akan melihat pola aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Platform diskusiMAYA ini juga telah direka bentuk untuk menyediakan aktiviti yang dapat menghasilkan interaksi pelajar dewasa dalam sesebuah kursus dengan melihat gaya pembelajaran secara mandiri (self-directed learning) terlebih dahulu. Secara berperingkat platform diskusiMAYA ini akan menekankan gaya pembelajaran secara kolaboratif melalui aktiviti-aktiviti dan fungsi-fungsi sokongan yang terdapat di dalam persekitaran ini. Persoalan yang akan disentuh ialah, bagaimana interaktiviti dalam sesebuah platform e-pembelajaran perlu direka bentuk agar ia dapat menggalakkan pelajar untuk meneruskan Pembelajaran mereka dalam platform tersebut sepanjang tempoh pembelajaran mereka. Kajian ini juga akan berkongsi hasil pembelajaran secara e-kolaborasi yang dapat memberi kesan ke atas sesebuah e-pembelajaran terutama dalam membantu para pelajar menjimatkan masa dan memudahkan mereka dalam menyertai aktiviti dalam diskusiMAYA tanpa mengganggu tanggungjawab dan tugasan dalam pekerjaan semasa mereka.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: E-pembelajaran, e-kolaboratif pelajar dewasa, diskusiMAYA, dM
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Education
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 16 Jun 2015 06:59
Last Modified: 16 Jun 2015 07:00
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/13580

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year