Perkembangan pernyataan beramaran di dalam undang-undang prosedur jenayah di Malaysia

Tahir, Z. (2007) Perkembangan pernyataan beramaran di dalam undang-undang prosedur jenayah di Malaysia. In: Law Conference 2007, 18-20 Apr 2007, Sintok, Kedah.

[img]
Preview
PDF
perkembangan_penyataan.pdf - Published Version

Download (5MB)

Abstract

Pernyataan beramaran di Malaysia secora amnya boleh didapati di dalam Kanun Prosedur Jenayah (Akta 59]). Seksyen yang memperuntukkan pernyataan beramaran ini pula boleh dilihat di dalam seksyen 11](1)(0) (i i) Kanun Prosedur Jenayah. Pemakaian pernyataan beramaran di bawah Kanun Prosedur Jenayah adalah berdasarkan kepada prinsip generalia specialibus non derogant iaitu jika wujud statut yang spesifik yang memeruntukan sesuatu prosedur maka statut tersebut akan terpakai mengatasi peruntukkan di dalam Kanun Prosedur Jenayah. Antara statut yang mempunyai peruntukan yang specifik: mengenai pernyataan beramaran ini di Malaysia adalah seperti seksyen ]7A(1)(b) Akta Dadah 8erbahaya 1952, seksyen 75 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, seksyen 16 Akta Pencolekan 1961 dan sebagainya. Peruntukan mengenai pernyataan beramaran di bawah akta-akta ini adalah in pari materia dengan Kanun Prosedur Jenayah. Di antara hak yang dibet ikan kepada tertuduh di bawah seksyen 11] Kanun Prosedur Jenayah adalah hak untuk tidak menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya oleh pihak polis semasa berada di dalam siasatan atau lebih dikenal sebonai hak untuk berdiam diri,' Hak ini merupakan sesuatu yang penting memandangkan apa-apa pernyataan yang dibuat oleh tertuduh selepas pernyataan beramaran diberikan boleh digunakan terhadapnya semasa perbicaraan. Oleh yang demikian hak untuk berdiam diri ini secora tidak langsung boleh melindungi tertuduh daripada membuat sebarang pernyataan tanpa merujuk atau mendapat nasihat daripada peguam pilihannya. Namun begitu, perkembangan terkini pernyataan beramaran ini teton menunjukkan perubahan yang agak ketara setelah seksyen 45(]) Akta Pecegahan Rasuah 1997( Akta No. 575) diperkenalkan. Pernyataan beramaran yang digunakan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 adalah amat berbeza sekali dengan kebiasaan pernyataan beramaran di bawah Kanun Prosedur Jenayah serta Statut-statut yang lain. Di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997, hak tertuduh untuk berdiam diri semasa siasatan telah secara tidak langsung dinafikan. Ini adalah kerana di bawah seksyen 45(]) Akta Pencegahan Rasuah 1997 ada menyatakan bahawa jika tertuduh gagal mengemukan fakta-fakta yang releven kepada pembelaan yang akan beliau gunakan semasa perbicaraan maka fakta tersebut berdepan dengan risiko tidak diterima oleh Mahkamah. Selain daripada itu, peruntukkan ini juga membenarkan Mahakamah untuk membuat anggapan terhadap tertuduh jika mereka memilih untuk berdiam did semasa siasatan. Perkara ini secara langsung dan tidak langsung telah mengubah iklim pernyataan beramaran yang selama ini dipakai di Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Uncontrolled Keywords: Law
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: Faculty of Law
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 08 Jun 2015 03:48
Last Modified: 08 Jun 2015 03:48
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/13510

Actions (login required)

View Item View Item