Pengintegrasian ilmu mengurus diri dan ilmu mengurus sistem dalam pendidikan : satu keperluan menurut perspektif islam

Othman, Z. (2014) Pengintegrasian ilmu mengurus diri dan ilmu mengurus sistem dalam pendidikan : satu keperluan menurut perspektif islam. In: Persidangan Kebangsaan Kurikulum Dan Teknologi Pengajaran, 21 Mac 2014, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
PENGINTEGRASIAN_ILMU_MENGURUS_DIRI.pdf - Published Version

Download (180kB)

Abstract

Menurut perspektif Islam, Ilmu Mengurus Diri mahupun Ilmu Mengurus Sistem adalah penting untuk kesejahteraan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Ilmu Mengurus Diri mempunyai taraf fardu ain dan wajib dipelajari oleh semua orang Islam, kerana ia mengandungi ajaran-ajaran mengenai akidah, syariah dan akhlak yang tidak dapat dicapai melainkan dengan perantaraan wahyu dan hidayah Allah. Namun, untuk kesempurnaan hidup di dunia secara bermasyarakat, Ilmu Mengurus Diri atau ilmu agama sahaja tidak mencukupi meskipun ia merupakan ilmu yang paling tinggi dalam pandangan Islam. Manusia memerlukan pengetahuan yang terperinci tentang alam fizikal, alam kemanusiaan dan alam kemasyarakatan untuk menggunakan segala potensi yang wujud, sesuai dengan tugasnya sebagai khalifah yang akan membangun dirinya, alam sekitar dan masyarakat sesuai dengan tuntutan akidah tauhid dan syariah Allah. Justeru itu, ilmu pengetahuan yang dikategorikan sebagai Ilmu Mengurus Sistem perlu dipelajari dan dikembangkan sebagai pelengkap kepada ilmu agama. Ilmu pengetahuan yang mengandungi tanda-tanda kewujudan, kebesaran dan keagungan Allah di alam ini dapat memberikan roh kepada ilmu dan membawa kepada peningkatan iman dan amal salih, iaitu hubungan kerohanian dengan Allah dan rasul-Nya yang melahirkan sifat ketakwaan dalam peribadi seseorang ilmuwan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Academy of Islamic Studies
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 31 Mar 2015 01:03
Last Modified: 31 Mar 2015 01:03
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/13158

Actions (login required)

View Item View Item