Penggunaan assistive technology dalam intervensi literasi awal kanak-kanak sindrom down

Ni, N.P. and Cheong, L.S. (2014) Penggunaan assistive technology dalam intervensi literasi awal kanak-kanak sindrom down. In: Persidangan Kebangsaan Kurikulum Dan Teknologi Pengajaran, 21 Mac 2014, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
PENGGUNAAN_ASSISTIVETECHNOLOGYDALAM_INTERVENSI_LITERASI.pdf - Published Version

Download (199kB)

Abstract

Kanak-kanak sindrom Down merupakan golongan kanak-kanak berkeperluan khas ketidakupayaan intelektual yang biasanya mengalami defisit seperti tidak konsisten dalam orientasi motivasi dan tahap toleransi kegagalan yang rendah berbanding kanak-kanak tipikal. Tambahan pula, masih wujudnya jurang perbezaan yang besar terhadap tahap pencapaian membaca mereka. Oleh yang demikian, kajian ini mencadangkan satu intervensi literasi awal yang mengintegrasikan pembelajaran pelbagai deria dengan assistive technology sebagai perangsang. Dapatan awal kajian ini berjaya menunjukkan bahawa sampel kajian amat tertarik dengan penggunaan assistive technology sebagai bahan bantuan belajar, melibatkan diri dengan sepenuh untuk menyempurnakan tugasan intervensi yang dijalankan oleh ibu bapa. Selain itu, sampel kajian telah berjaya menguasai kesemua sebutan huruf yang diajar. Kajian ini mencadangkan pengintegrasian assistive technology dalam intervensi literasi awal sebagai perangsang pembelajaran dan medium pengajaran untuk membantu ibu bapa mendidik anak mereka dengan lebih yakin.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Uncontrolled Keywords: Literasi Awal, Kanak-kanak Sindrom Down, Assistive Technology.
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Education
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 31 Mar 2015 01:03
Last Modified: 31 Mar 2015 01:03
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/13157

Actions (login required)

View Item View Item