Motivasi intrinsik murid tingkatan empat terhadap aktiviti dalam pendidikan jasmani

Sia Seng Lee, W.A. and Rengasamy, S. and Hooi, L.B. and Raju, S. and Varatharajoo, C. and Sukumaran, S.D. (2014) Motivasi intrinsik murid tingkatan empat terhadap aktiviti dalam pendidikan jasmani. In: Persidangan Kebangsaan Kurikulum Dan Teknologi Pengajaran, 21 Mac 2014, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
MOTIVASI_INTRINSIK_MURID_TINGKATAN_EMPAT.pdf - Published Version

Download (202kB)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat motivasiintrinsik murid tingkatan empat terhadapaktiviti kelas Pendidikan Jasmani di salah sebuah sekolah menengah di Malaysia. Sebuah sekolah di daerah dipilih melalui persampelan rawak mudah dan kesemua lima kelas murid tingkatan empat dijadikan responden kajian. Kajian ini melibatkan 174 responden yang terdiri daripada 93 murid lelaki dan 81 murid perempuan tingkatan empat berusia antara 16-17 tahun(min=16.05, SP=0.22). Instrumen Intrinsic Motivation Inventory(McAuley, Duncan,& Tammen, 1989) telah digunakan untuk melihat motivasi intrinsik tingkatan empat terhadapaktiviti kelas Pendidikan Jasmani. Dapatan kajian menunjukkan tahap motivasi intrinsik murid tingkatan empat terhadap aktivitikelas Pendidikan Jasmani dengan skor purata domain keseronokan (Min=4.06, SP=0.27), domain daya usaha (Min=4.20, SP=0.32), domain persepsi kompetensi (Min=3.91, SP=0.24) dan domain tekanan (Min=3.67, SP=0.36). Hasil kajian juga mendapati kesemua domain dalam motivasi instrinsik muridtingkatan empat di salah sebuah sekolah menengah di Malaysia adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian ini memberi ruang kepada penyelidik akan datang untuk menjalankan kajian tentang kaedah pengajaran untuk meningkatkan tahap motivasi intrinsik dalam kalangan murid tingkatan empat di sekolah menengah di Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Uncontrolled Keywords: Motivasi Intrinsik, Murid Tingkatan Empat,Aktiviti Pendidikan Jasmani
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Education
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 31 Mar 2015 01:02
Last Modified: 31 Mar 2015 01:02
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/13155

Actions (login required)

View Item View Item