Animasi interaktif sebagai medium pembelajaran kanak-kanak homeschooling: Pendekatan Fuzzy Delphi

Patahol Wasli, M.M. and Abdul Rahman, M.N. and Siraj, Saedah and Alias, N. and Hussin, Z. (2014) Animasi interaktif sebagai medium pembelajaran kanak-kanak homeschooling: Pendekatan Fuzzy Delphi. In: Persidangan Kebangsaan Kurikulum Dan Teknologi Pengajaran, 21 Mac 2014, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
ANIMASI_INTERAKTIF_SEBAGAI_MEDIUM_PEMBELAJARAN.pdf - Published Version

Download (244kB)

Abstract

Ledakan teknologi maklumat telah mencetuskan fenomena baru dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya kepada pendidikan alternatif homeschooling. Animasi Interaktif merupakan pendekatan baharu yang boleh dijadikan medium pembelajaran bagi kanak-kanak homeschooling. Animasi interaktif merupakan media pendidikan yang mengintegrasikan lima elemen utama iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri animasi interaktif yang bersesuaian untuk dibangunkan sebagai medium pembelajaran bagi kanak-kanak homeschoolingmenggunakan pendekatan Fuzzy Delphi. Pendekatan pembelajaran kanak-kanak Homeschooling dengan berbantukan animasi interaktif bukan sahaja dapat memudahkan proses pembelajaran tetapi juga meningkatkan motivasi kanak-kanak homeschooling. Seramai 15 orang pakar bidang pendidikan kanak-kanak homeschoolingdan teknologi pendidikan telah dipilih untuk menganalisis fuzziness konsensus pakar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa animasi interaktif sesuai diaplikasikan sebagai medium pembelajaran bagi kanak-kanak homeschooling.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Uncontrolled Keywords: Homeschooling, Home Education, Pendidikan Alternatif, Animasi Interaktif
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Education
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 31 Mar 2015 01:20
Last Modified: 18 Oct 2018 06:25
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/13150

Actions (login required)

View Item View Item