Kehadiran barat dan kesannya terhadap kesusasteraan Melayu

Mohd. Zariat, A.R. (2007) Kehadiran barat dan kesannya terhadap kesusasteraan Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 17. pp. 330-361. ISSN 1823-7622,

Full text not available from this repository.

Abstract

Sejarah di alam Melayu menyaksikan bagaimana daerah tersebut pernah menerima campurtangan dan pengaruh luar. Selain Hinduisme dan Islam, kehadiran penjajah Barat, khususnya pihak kolonial British di Tanah Melayu dikatakan memberikan kesan yang signifikan terhadap perkembangan politik, ekonomi dan sosial masyarakatnya. Bidang yang turut tidak ketinggalan menerima kesan daripada kolonialisasi itu ialah kesusasteraan Melayu, yang dianggap mengalami perubahan yang signifikan kesan daripada kehadiran orang Barat. Pandangan ini antaranya terkandung dalam Syarahan Pengukuhan Syed Muhammad Naquib Al Attas (seterusnya Al Attas) yang menganggap bahawa kesusasteraan Melayu selepas era penjajahan telah teranjak daripada semangat dan tradisi Islam akibat campurtangan orang Barat. Sehubungan itu, Al Attas menganggap bahawa penobatan Abdullah bin Abdul Kadir sebagai "Bapa Kesusasteraan Melayu Maden" merupakan satu daripada "bikinan" orang Barat dalam usaha untuk menyerlahkan kesignifikanan kehadiran mereka di alam Melayu.

Item Type: Article
Funders: UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Divisions: Academy of Malay Studies
Depositing User: Mr. Haslan Tamjehi
Date Deposited: 18 Dec 2014 03:58
Last Modified: 18 Dec 2014 03:58
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/11456

Actions (login required)

View Item View Item