Hashim, M. (2014) Islam dan kebahasaan Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 15. pp. 34-89. ISSN 1823-7622,
Full text not available from this repository.Abstract
Pada pendapat saya bahasa Melayu, telah takdirkan oleh Allah S.WT. untuk menjadi satu daripada bahasa Islam yang utama di dunia termasuk bahasa Arab sebagai bahasa ibunda junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, bahasa Parsi, bahasa Urdu, bahasa Turki, dan bahasa Swahili. Penutur bahasa Melayu kini merupakan pemeluk agama Islam yang terbesar di dunia iaitu menjangkau 1/4 bilion manusia, lebih ramai daripada penutur bahasa Arab sendiri. Bahasa-bahasa utama Islam itu apabila menerima Islam telah menerima juga sistem tulisan yang berasaskan tulisan Arab dan ada yang masih lagi kekal menggunakannya; Parsi dan Urdu tetap dengan huruf Arabnya, namun bahasa Melayu dan bahasa Swahili kini telah menjadikannya tulisan kelas dua selepas tulisan rumi, manakala bahasa Turki telah menghapuskan terus tulisan berunsur Arab dan menggantikannya dengan tulisan rumi.
Item Type: | Article |
---|---|
Funders: | UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania |
Divisions: | Academy of Malay Studies |
Depositing User: | Mr. Haslan Tamjehi |
Date Deposited: | 18 Dec 2014 03:06 |
Last Modified: | 18 Dec 2014 03:06 |
URI: | http://eprints.um.edu.my/id/eprint/11379 |
Actions (login required)
View Item |