Pembangunan dan penilaian sistem pengurusan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran berasaskan web (e-sp4)

Mohd Dahalan, H. and Raja Hussain, R.M. (2010) Pembangunan dan penilaian sistem pengurusan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran berasaskan web (e-sp4). In: Persidangan Inovasi Dalam Penyelidikan Pendidikan, 13 Julai 2010, Universiti Malaya. (Submitted)

[img] Microsoft Word
Full_paper_Hamsiah_Mohd_Dahalan.doc - Submitted Version

Download (163kB)

Abstract

Pentaksiran adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang dapat mengumpul maklumat-maklumat yang sah dan boleh dipercayai tentang prestasi murid secara berterusan. Maklumat-maklumat ini hanya dapat diperolehi apabila guru mengelola, merekod, menterjemah, melapor dan membuat pertimbangan dan penilaian bertulis tentang prestasi, pencapaian dan keperluan murid. Kajian ini melaporkan proses dan hasil dapatan kepada penilaian formatif sistem pengurusan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran berasaskan web (e-SP4), yang mana Internet telah digunakan sebagai medium pentaksiran. Terdapat empat jenis penilaian yang telah diguna pakai dalam kajian ini iaitu: penilaian rujukan pakar, penilaian satu-ke-satu, penilaian kumpulan kecil dan penilaian kumpulan kajian lapangan. Kertas ini menyampaikan bagaimana proses penilaian ini dijalankan dan hasil dapatannya. Dapatan kajian telah membicarakan bagaimana penilai-penilai ini menyokong pembangunan modul dan e-SP4. Dapatan kajian ini turut menyumbang maklumat tentang kekuatan dan kelemahan sistem yang mungkin perlu diambil perhatian semasa guru-guru menggunakan sistem ini dan menyesuaikannya mengikut mata pelajaran yang diajar. Walaupun skop kajian ini agak terhad, namun e-SP4 ini boleh membantu menjayakan sistem pentaksiran kebangsaan yang merupakan trend pendidikan masa hadapan dan perlu diberi pertimbangan wajar oleh semua pihak pentadbir pendidikan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Pentaksiran berasaskan web, penilaian formatif, pembangunan sistem, pengurusan pentaksiran
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Faculty of Education
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 18 Dec 2014 02:51
Last Modified: 18 Dec 2014 02:51
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/11343

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year