Sejarah Melayu : Sebuah genre sintesis yang baik bagi memenuhi tuntutan moral Islam dan aspek pengawalan politik

Norazimah, Z. (2005) Sejarah Melayu : Sebuah genre sintesis yang baik bagi memenuhi tuntutan moral Islam dan aspek pengawalan politik. Jurnal Pengajian Melayu, 16. pp. 319-334. ISSN 1823-7622

Full text not available from this repository.

Abstract

Genre sintesis ialah karya sastera yang memperlihatkan timbal balik pengaruh Hindu Islam kerana ia ditulis dalam latar istana yang masih kuat pengaruh pemikiran-pemikiran Hindu. Walaupun Islam datang namun ia tidak menghapuskan budaya Hindu. Corak-corak sintesis Kesusasteraan Melayu sangat beraneka ragam. Bentuk sintesis yang paling bagus, yang melahirkan harmoni dalam karya sastera yang selalu "menukar warna" telah menghasilkan "kepekaan tipologi" kesusasteraan Melayu. Maksudnya, kesusasteraan itu bukan sekadar menyatukan fragmen-fragmen pelbagai tradisi (meskipun biasanya memang begitu'', tetapi malah menetapkan sejenis kesepadanan antaranya, dan dengan demikian pula menyamakannya. Justeru penyamaan itulah yang diperlihatkan oleh karangan sejarah.

Item Type: Article
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Academy of Malay Studies
Depositing User: Mr. Haslan Tamjehi
Date Deposited: 18 Dec 2014 02:31
Last Modified: 18 Dec 2014 02:31
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/11325

Actions (login required)

View Item View Item