Prestasi usahawan Melayu dalam industri kenderaan nasional: Kes vendor PROTON

Mohd, R. (2005) Prestasi usahawan Melayu dalam industri kenderaan nasional: Kes vendor PROTON. Jurnal Pengajian Melayu, 16. pp. 271-291. ISSN 1823-7622,

Full text not available from this repository.

Abstract

Setelah 20 tahun Malaysia menceburkan diri secara serius dalam projek kenderaan nasional hasilnya memang menarik untuk dibincangkan. Di peringkat nasional, projek kenderaan ini telah berjaya menguasai pasaran kenderaan tempatan; manakala di peringkat antarabangsa pula pembuat kenderaan nasional, iaitu Perusahaan Automobil Sdn. Bhd (PROTON) telah mengambil alih Lotus International, sebuah syarikat pembuat kenderaan yang terkenal di United Kingdom (U.K.). Baru-baru ini kereta keluaran PROTON, Gen-2 dan Wira, masing-masingnya telah mendapat skor 7dan 13 dalam penarafan yang dibuat di U.K. Turut dilaporkan bahawa Proton Arena (dikenali sebagai Jumbuck di U.K) menguasai 70-80 peratus daripada bahagian kenderaan ringan di U.K (New Straits Times, 22 Julai 2004). Dalam perkembangan terbaru, Proton Waja adalah satu-satunya kereta dalam kelasnya yang diberi penarafan 4.5 bintang (daripada jumlah 5 bintang) oleh Pejabat Rumah Hijau Kerajaan Australia sebagai kereta sedan yang paling ekonomik dan mesra alam di Australia (lihat New Straits Times 3, November 2004).

Item Type: Article
Funders: UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academy of Malay Studies
Depositing User: Mr. Haslan Tamjehi
Date Deposited: 18 Dec 2014 02:30
Last Modified: 18 Dec 2014 02:30
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/11322

Actions (login required)

View Item View Item