Adi Yasran, A.A. (2005) Inventori konsonan dialek Melayu Kelantan: satu penilaian semula. Jurnal Pengajian Melayu, 16. pp. 200-217. ISSN 1823-7622,
Full text not available from this repository.Abstract
Sejak kebelakangan ini banyak ahli fonologi khususnya penahu Optimaliti (teori linguistik terkini) yang mengkaji bahasa-bahasa dan dialek-dialek di serata dunia, begitu berminat mengkaji dialek Kelantan (DK) yang terkenal dengan keunikannya. Antaranya ialah Pater (1999), Kager (1999), Lombardi (2001), de Lacy (2002), McCarthy (2002), dan Lee (2003). Kajian mereka sedikit sebanyak berjaya menjelaskan dan memperbaiki analisis sebelumnya yang telah dikemukakan oleh ahli-ahli linguistik terdahulu seperti Farid (1980), Trigo (1988, 1991), Teoh (1994), Clements dan Hume (1995), dan Halle (1995). Walau bagaimanapun kebanyakan kajian mereka terbatas kepada aspek-aspek fonologi tertentu sahaja, dan penggunaan data yang agak terhad, yang menyebabkan dapatan kajian mereka kurang tepat. Sebahagian daripada kelemahan tersebut berpunca daripada kegagalan mengenal pasti inventori segmen DK khususnya inventori konsonan. Oleh itu, makalah ini akan cuba mengenal pasti inventori konsonan DK berdasarkan pendekatan fonologi generatif (FG) secara umum.
Item Type: | Article |
---|---|
Funders: | UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Divisions: | Academy of Malay Studies |
Depositing User: | Mr. Haslan Tamjehi |
Date Deposited: | 18 Dec 2014 01:53 |
Last Modified: | 18 Dec 2014 01:53 |
URI: | http://eprints.um.edu.my/id/eprint/11318 |
Actions (login required)
View Item |