Salleh, A.M. and Yusoff, M. and Mohamad Hassan, M.M. (2006) Pertimbangan dalam penggunaan pendekatan kajian kaedah gabungan (mix method approaches). In: Seminar Kebangsaan Kedua Penyelidikan Kualitatif, 04-05 Dec 2006, Kuala Lumpur. (Submitted)
|
PDF
0001.pdf - Submitted Version Download (6MB) |
Abstract
Kertas kerja ini saya sediakan untuk berkongsi pengalaman tentang bagaimana seseorang pengkaji menggunakan pendekatan kajian gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif (mixed method approaches) dalam melaksanakan kajian yang berbentuk komprehensif. Kandungan kertas kerja ini meliputi pertimbangan dalam memilih kaedah yang sesuai digunakan untuk mendapatkan data yang berbentuk perangkaan dan pemahaman menyeluruh tentang penggunaan buku teks (teks) Komponen Sastera (KOMSAS) dalam pengajaran Bahasa Melayu tingkatan 4. Dalam Bahagian A, saya akan menghuraikan pertimbangan yang diambil bagi memilih dan mengadun kaedah tinjauan bagi mendapatkan data berbentuk perangkaan untuk dijadikan data asas. Data asas ini akan digunakan sebagai garis panduan bagi merancang kajian kes secara kualitatif untuk mendapatkan data yang dijangka dapat memberikan pemahaman yang menyeluruh akan fenomena yang dikaji. Hal ini melibatkan penggubalan pemyataan masalah, tujuan/objektif dan soalan kajian serta kerangka teoritikal dan konseptual yang dapat merangkumi kedua-dua kaedah kajian yang dipilih. Reka bentuk kaedah gabungan 'Penjelasan Berikutan' yang diubah suai daripada model Creswell (2003) juga akan disentuh dalam kertas kerja ini. Selanjutnya, dalam dalam Bahagian B saya akan menerangkan bagaimana kajian yang menggunakan gabungan dua kaedah ini dijalankan di lokasi kajian. Hal ini merangkumi pelaksanaan kajian tinjauan di 100 buah sekolah menengah di Selangor yang telah dijalankan antara hujung Januari hingga pertengahan Mac 2006. Saya juga akan menjelaskan bagaimana proses analisis dan menulis laporan awal dapatan kajian tinjauan bagi menyediakan data asas yang akan digunakan dalam kajian kes secara kualitatif. Hal ini melibatkan kerja pengemaskinian tujuan dan soalan kajian, pemilihan dan penentuan tempat dan peserta kajian serta tempoh bagi kajian kes. Akhir sekali, saya berharap kertas kerja yang disediakan ini dapat dimanfaatkan bersama oleh rakan-rakan pengkaji, khususnya yang merancang kajian melibatkan lebih daripada satu kaedah kajian.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Funders: | UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Divisions: | Faculty of Law |
Depositing User: | Mr. Mohd Samsul Ismail |
Date Deposited: | 18 Dec 2014 01:05 |
Last Modified: | 18 Dec 2014 01:05 |
URI: | http://eprints.um.edu.my/id/eprint/11226 |
Actions (login required)
View Item |