Penyelidikan berbentuk kajian kes: Antara tuntutan dan cabaran

Yahaya, F.H. and Kamri, N.A. (2006) Penyelidikan berbentuk kajian kes: Antara tuntutan dan cabaran. In: Seminar Kebangsaan Kedua Penyelidikan Kualitatif, 04-05 Dec 2006, Kuala Lumpur. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
0001.pdf - Submitted Version

Download (400kB)

Abstract

Kajian kesmerupakan salah satu bentuk penyelidikan kualitatif yang kerap menjadi pilihan penyelidik yang menyelidik tentang isu-isu sosial. Kajian kes mempunyai kelebihannya tersendiri. Kajian kes membolehkan sesuatu entiti sosial dikaji, diteliti dan difahami secara mendalam. Entiti tersebut terdiri daripada individu, kelompok masyarakat mahupun institusi tertentu. Pelbagai kaedah pengumpulan data juga boleh digunapakai menerusi kajian kes. Kepelbagaian kaedah pengumpulan data tersebut dipercayai dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data, mengatasi masalah bias penyelidik serta memberi kepuasan dan pengalaman unik kepada penyelidik. Di sebalik kelebihan-kelebihan tersebut, penyelidik turut berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang proses mendapatkan data daripada lokasi kajian. Kerahsiaan maklumat, karenah birokrasi, sensitiviti responden, pandangan serong masyarakat, keselamatan penyelidik, kos dan masa yang dihabiskan merupakan antara isu-isu yang dihadapi oleh para penyelidik bagi kajian kes. Kertas kerja ini cuba mengupas dua perkara tersebut. Pertama, tuntutan dan keperluan menjalankan penyelidikan berbentuk kajian kes berhubung isu-isu masa kini. Kedua, cabaran dan rintangan yang didepani dan perlu ditangani secara bijak oleh penyelidik dalam menjayakan penyelidikan berbentuk kajian kes. Kedua-dua perkara tersebut dikupas. berdasarkan pengalaman penyelidikan penulis menjayakan dua bentuk kajian kes yang berbeza. Kes empirikal penghidap HIV dan AIDS serta institusi Tabung Haji dirujuk bagi menjelaskan perkara berkenaan. Sebagai rumusan, kertas kerja ini turut memuatkan beberapa tips sebagai panduan etika kepada bakal penyelidik bagi kajian kes.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Law
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 18 Dec 2014 01:04
Last Modified: 18 Dec 2014 01:04
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/11224

Actions (login required)

View Item View Item