Indirawati, Z. (2005) Capahan persepsi: ungkapan yang menandai emosi dalam ujaran. Jurnal Pengajian Melayu, 15. pp. 202-219. ISSN 1823-7622,
Full text not available from this repository.Abstract
Dalam bidang prosodi di antara parameter yang berperanan dalam mengekspresikan emosi ialah durasi dan kadar kelangsingan lafaz ujaran. Aspek ini dinamakan sebagai suprasegmental. Manakala struktur ujaran dibentuk oleh sekurang-kurangnya satu konstituen kata, dan dirujuk sebagai unsur segmental. Kedua-dua aspek ini saling melengkapi antara satu sama lain. Pada aras ayat/ujaran terdapat ungkapan-ungkapan tertentu yang menandai emosi. Kertas kerja ini akan hanya membincangkan peranan ungkapan yang kelihatan cenderung mencapahkan persepsi penutur-pendengar apabila komunikasi berlangsung. Capahan persepsi berlaku apabila ungkapan yang tertentu ini dihubungkan dengan perkataan lain yang menganggotai struktur ujaran tersebut. Aspek-aspek seperti semantik dan pragmatik ini amat mempengaruhi persepsi individu dalam komunikasi dan kedua-dua konsep ini akan dibahaskan sebelum menangani data sebenar yang digunakan untuk kertas ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Funders: | UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Divisions: | Academy of Malay Studies |
Depositing User: | Mr. Haslan Tamjehi |
Date Deposited: | 18 Dec 2014 00:58 |
Last Modified: | 18 Dec 2014 00:59 |
URI: | http://eprints.um.edu.my/id/eprint/11200 |
Actions (login required)
View Item |