Citra Islam dalam pembentukan manusia Melayu moden di Malaysia: suatu analisa

Rahimin Affandi, A.R. (2005) Citra Islam dalam pembentukan manusia Melayu moden di Malaysia: suatu analisa. Jurnal Pengajian Melayu (Journal of Malay Studies), 15. pp. 19-51. ISSN 1823-7622,

Full text not available from this repository.

Abstract

Dalam lipatan sejarah Malaysia, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa status kemerdekaan yang diperoleh oleh negara Malaysia tidak memberikan sifat mandiri yang sejati dan boleh dibanggakan oleh manusia Melayu. Dalam banyak hal, khususnya dalam soal bentuk pemerintahan sebuah negara bangsa, sifat dan paradigma pemikiran manusia Melayu masih lagi kekal mengikut paradigma warisan penjajah British, yang dilihat berpunca daripada proses penjajahan pemikiran yang telah berjalan selama lebih dari 450 tahun. Namun begitu, keadaan ini telah mula berubah berpunca dari pelbagai faktor yang muncul di zaman pasca merdeka, seperti peristiwa 13 Mei 1969 dan yang terpenting sekali adalah fenomena kebangkitan semula Islam era 1970an. Atas dasar tersebut kertas kerja ini akan cuba melihat bagaimana faktor kebangkitan semula Islam telah menjadi faktor terpenting yang membentuk manusia Melayu moden.(disalin dari artikel).

Item Type: Article
Funders: UNSPECIFIED
Uncontrolled Keywords: Islamic-Life; Modern Malay
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: Academy of Malay Studies
Depositing User: Mr. Haslan Tamjehi
Date Deposited: 29 Oct 2014 00:43
Last Modified: 29 Oct 2014 00:43
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/11154

Actions (login required)

View Item View Item