Kesedaran kanak-kanak di Malaysia terhadap keselamatan diri

Abu Bakar, S.H. and Omar, N. (2010) Kesedaran kanak-kanak di Malaysia terhadap keselamatan diri. In: Seminar Kebangsaan Undang-Undang Kanak-Kanak Ke-2, 02-03 Oct 2010, Kuala Lumpur. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Pages_from_Kesedaran_kanak-kanak_di_Malaysia.pdf - Submitted Version

Download (5MB)

Abstract

Kanak-kanak merupakan kelompok yang signifikan dalam populasi Malaysia. Kepesatan pembangunan ekonomi dan sosial secara tidak langsung telah menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah. Kanak-kanak pula merupakan golongan yang berisiko tinggi menjadi sasaran jenayah. Mereka dldera (secara fizikal, mental dan seksual), dianiaya, diculik, dibunuh dan diperdagangkan. Penderaan dan serangan seksual serta sumbang mahram menjadi penyumbang terbesar keganasan terhadap kanak-kanak selepas pengabaian dan penderaan fizikal. Pelbagai usaha telah pun dilakukan oleh organisasi kerajaan mahupun swasta bagi melindungi kanak-kanak daripada sebarang bentuk keganasan. Perunding kanak-kanak, pekerja sosial yang bekerja dengan kanak-kanak, pegawai kebajikan kanak-kanak, para pendidik, pakar perubatan dan peguam percaya bahawa pemahaman kanak-kanak terhadap tubuh badan mereka dan pengetahuan tentang tingkah laku yang betul -atau salah -terhadap tubuh badan mereka memainkan peranan yang signifikan dalam mencegah mereka daripada teraniaya. Oleh sebab itu, "Program Saya Selamat" telah diperkenalkan kepada kanak-kanak bagi meningkatkan kesedaran dan kemahiran keselamatan diri bagi membolehkan mereka melindungi diri sendiri daripada keganasan atau serangan seksual. Program selama 6 jam berhubung keselamatan diri tersebut diberikan kepada kanak-kanak berusia 9 tahun (darjah 3) di beberapa buah sekolah rendah terpilih di sekitar Kuala Lumpur. Dapatan daripada kumpulan eksperimen menunjukkan bahawa kanak-kanak yang telah mengikuti program tersebut mempunyai kesedaran ,.yang .leblh, batkliterhadap keselamatan diri mereka berbanding dengan kumpulan kawalan. Dapatan yang positif ini menjadi petanda positif kepada usaha-usaha pelaburan-pencegahan (investment-prevention) yang lebih terancang bagi memastikan kesejahteraan hidup kanak-kanak Malaysia terjamin. Dalam kertas kerja ini, keputusan pemantauan dan penilaian "Program Saya Selamat" akan dibentangkan secara terperinci.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 17 Dec 2014 03:19
Last Modified: 17 Dec 2014 03:19
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/11142

Actions (login required)

View Item View Item