Oksidentalisme dalam sastera di Malaysia selepas merdeka

Rahamad, M.S. (2009) Oksidentalisme dalam sastera di Malaysia selepas merdeka. In: Simposium Kebudayaan Indonesia-Malaysia, 10-12 Nov 2009, Bandung, Indonesia. (Submitted)

[img] Microsoft Word
Saleeh.doc - Submitted Version

Download (108kB)

Abstract

Kajian bersifat sejarawi ini akan menelusuri perkembangan sastera di Malaysia yang membincangkan nilai Barat sejak merdeka sehingga era Perdana Menteri Tun Hussein Onn. Sebagai negara pascakolonial, Malaysia telah menerima pengaruh Barat dalam segenap aspek kehidupan, dan ekoran daripada itu pengarangnya tidak terlepas daripada kesan yang sama lalu menuangkan persepsi mereka dalam karya. Situasi ini merupakan perspektif dalam teori sosiologi sastera, yakni hubungan antara pengarang sastera dengan masyarakat tidak dapat dipisahkan. Pengarang, sama ada akan berbicara mewakili suara masyarakatnya mahupun berbicara secara individual, akan mengemukakan persepsinya tentang sesuatu yang mendesak dalam masyarakat atau negaranya. Kajian historikal ini akan memperlihatkan corak oksidentalisme (wacana tentang Barat) dalam karya sastera. Permasalahan ini adalah soalan lazim dalam kajian pascakolonial kerana dalam wacana Orientalisme oleh Edward Said, Barat telah mengkonstruksikan Timur dalam karya mereka secara discursive dan esensialis di samping mendefinisikan Barat sebagai bandingannya yang dikotomis. Dalam konteks Malaysia, setelah kolonialisme berakhir, bagaimana pula pengarang Timur mengkonstruksikan Barat? Persoalan ini akan cuba dijawab dalam bentuk yang umum bagi memaparkan wajah oksidentalisme dalam sastera di Malaysia selepas merdeka.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Funders: UNSPECIFIED
Uncontrolled Keywords: Pascakolonial, oksidentalisme, kolonialisme, neokolonialisme.
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences
Depositing User: Mr. Mohd Samsul Ismail
Date Deposited: 18 Aug 2014 07:08
Last Modified: 18 Aug 2014 07:08
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/10988

Actions (login required)

View Item View Item