Logo
Login | Create Account
  Introduction
  Home
  Browse Repository

Transformasi Sosial: Evolusi atau Revolusi?

Daud, Fatimah (2005) Transformasi Sosial: Evolusi atau Revolusi? In: Inaugural Lecture, 2005, Universiti Malaya.

[img]PDF (Transformasi Sosial) - Requires a PDF viewer such as GSview, Xpdf or Adobe Acrobat Reader
1872Kb

Abstract

Ahli-ahli sosiologi mendefinisikan transformasi sosial sebagai perubahan yang berlaku dalam masyarakat akibat dari proses evolusi ataupun revolusi. Perubahan-perubahan yang berlaku melibatkan aspek-aspek budaya, ekonomi, politik dan sosia!. Ahli-ahli sosiologi klasik seperu August Cornie, Spencer, Durkheim menghuraikan perubahan masyarakat dengan menggunakan perspektif evolusi iaitu perubahan seeara unilineal daripada masyarakat simple! primitif kepada masyarakat moden dan kompleks. Dalam syarahan perdana ini, saya akan cuba mengupas adakah masyarakat Malaysia mengalami transformasi sosial secara evolusi atau revolusi? August Cornie menghuraikan perubahan masyarakat dari perspektif teologi, metafizik dan saintifik. Beliau mengatakan bahawa pada awalnya iaitu pada zaman primitif, pemikiran manusia adalah berdasarkan teologi. Pada masa ini pemik:iran manusia adalah dikuasai oleh kepercayaan animisme. Mereka pereaya bahawa kejadian-kejadian alam seperu banjir, kilat, ribut, hujan dan lain-lain adalah disebabkan oleh kuasa dewa-dewa. Kemampuan berfikir amat terhad, tidak melepasi batasan persekitaran hidup mereka. Kemudian pemikiran manusia bertambah maju dalam zaman metafizik di mana mereka sudah mula berfikir bahawa segala beneana alam dan segala kejadian yang berlaku di dunia ini adalah disebabkan kuasa tuhan di mana mereka menyerahkan segala apa yang terjadi di dunia kepada kehendak tuhan. Pemikiran sebegini mewujudkan konsep beraja sebagai pemimpin yang berdaulat yang dihantar oleh tuhan untuk memerintah mereka. Lantas raja dianggap mempunyai kuasa mutlak. Pada zaman ini raja disokong oleh tentera dan berlaku peperangan untuk menakluki orang lain serta memperbesarkan empayar yang ada. Contohnya Kerajaan Rome. Namun begitu, kepereayaan manusia terhadap kuasa-kuasa ghaib, terhadap kedaulatan raja-raja masih kuat. Pada masa ini juga muneul zaman feudal di mana terdapatoya 2 kelas iaitu kelas raja yang memerintah dan kelas 'hamba - rakyat' yang diperintah.

Item Type:Conference or Workshop Item (Other)
Subjects:H Social Sciences > HM Sociology
ID Code:1045
Deposited By:EN. MOHD JASNY RAZALI
Deposited On:25 Nov 2009 16:19
Last Modified:25 Nov 2009 16:19

Repository Staff Only: item control page


Copyright © 2008. University of Malaya Library , Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. Best viewed with Internet Explorer ver 5.5 and above.