Darusalam, G. (2010) Penilaian program diploma pendidikan lepasan ijazah (Guru permulaan pendidikan Islam) melalui nilai impak di institusi pengajian tinggi awam Malaysia. Prosiding Seminar Serantau Guru Permulaan. pp. 43-60.
Full text not available from this repository.Abstract
Setiap program yang dilaksanakan oleh sesebuah institusi dan organisasi perlu dinilai selepas tamat sesuatu kohort pelaksanaannya. Pengukuran penilaian program perlu dilihat secara kuantitatif melalui impak (impact value) bagi melihat keberkesanannya. Impak bermaksud tahap keberkesanan berganda. Pertama dari segi min, dan kedua dari segi nilai impak. Pengukuran tahap impak dalam skalanya (five likert scales) diukur melalui sistem tiga quartiles mengikut skor julat min (5 ÷ 3 = 1.66) dan skor julat impak (25 ÷ 3 = 8.33). Nilai 25/100 adalah impact wattage bagi setiap empat dimensi variable : context, input, process dan product (CIPP). Dua skor numerik (interval) ini digunakan dalam membuktiksn tahap impak setiap dimensi context, input, process dan product (CIPP). Kajian ini berbentuk penilaian Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Pendidikan Islam di dua buah universiti awam : Universiti Malaya dan dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sebanyak 262 responden dipilih secara random yang telah bertugas melebihi 6 bulan di sekolah menengah di sekitar Wilayah Persekutuan, Perak dan Selangor. Empat persoalan kajian telahdiketengahkan yang mencakupi impak context, input, process dan product. Hasil kajian mendapati nilai keberkesanan dimensi context pada min 4.3 dan nilai impak 23.1 menunjukkan matlamat kurikulum dan objektif Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Pendidikan Islam telah dapat dicapai dengan sangat berkesan. Nilai keberkesanan dimensi input pula pada 4.2 dan 3 dan nilai impak 22.7 menunjukkan penggunaan pelbagai strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Pendidikan Islam telah dapat dicapai dengan sangat berkesan. Manakala nilai keberkesanan dimensi proses pada min 2.8 dan nilai impak 9.5 menunjukkan kurang terdapatnya permasalahan yang menghalang keberkesanan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Pendidikan Islam. Akhir sekali nilai keberkesanan dimensi produk pada min 4.2 dan nilai impak 21.9 menunjukkan keberkesanan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Pendidikan Islam daripada aspek output dan pencapaian saiz program telah dapat dicapai dengan sangat berkesan. Oleh itu keputusan penuh kajian penilaian Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Pendidikan Islam ialah program perlu diteruskan dengan sedikit pengubahsuaian dan penambaikan khususnya dalam penilaian proses sahaja seperti yang terdapat dalam kerangka teori kajian.
Item Type: | Article |
---|---|
Funders: | UNSPECIFIED |
Additional Information: | Faculty of Education, University of Malaya |
Uncontrolled Keywords: | Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI); Context, input, process dan product (CIPP) |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Faculty of Education |
Depositing User: | Ms. Wati Yusuf |
Date Deposited: | 31 Oct 2014 03:01 |
Last Modified: | 31 Oct 2014 03:01 |
URI: | http://eprints.um.edu.my/id/eprint/10378 |
Actions (login required)
View Item |