Cabaran guru Program LINUS dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa

Othman, A.J. and Norzan, N. and Darusalam, G. and Siraj, Saedah (2011) Cabaran guru Program LINUS dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Issues in Education, 34. pp. 37-51. ISSN 1080-9724,

[img] PDF
00009968_89474.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (783kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dilaksanakan untuk melihat hubungkait pelaksanaan Program LINUS dengan cabaran guru LINUS dalam merealisasikan penguasaan kemahiran asas literasi. Pengkaji ingin mengetahui apakah hubungkait LINUS dengan cabaran yang dihadapi oleh guru yang terlibat secara langsung di dalam program ini. Secara ringkasnya objektif pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru-guru LINUS dalam memastikan murid LINUS berkeupayaan menguasai kemahiran asas membaca dan menulis berdasarkan program LINUS yang dilaksanakan. Pengkaji turut ingin mengenal pasti perbezaan pendekatan guru biasa yang dipertanggungjawabkan melaksanakan Program LINUS dengan guru pemulihan. Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan dengan secara khusus, kajian ini adalah bertujuan untuk menjawab dua soalan kajian iaitu Sejauhmanakah persepsi murid terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran guru LINUS biasa dan guru pemulihan dari segi aktiviti pengajaran dan pembelajaran, suasana pembelajaran dan motivasi guru dan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru dalam melaksanakan program LINUS? dan Apakah terdapat hubungkait antara program LINUS dengan peranan guru dalam pengajaran dan pembelajaran? Daripada kajian yang dilakukan, didapati bahawa permasalahan yang wujud dalam kemahiran literasi dapat diperbaiki dengan strategi dan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti oleh guru menjadi berkesan dan bermakna kepada murid berdasarkan pelaksanaan program LINUS. Terdapat juga perhubungan yang signifikan antara peranan guru LINUS biasa dan guru pemulihan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan program LINUS.

Item Type: Article
Funders: UNSPECIFIED
Additional Information: Faculty of Education. University of Malaya
Uncontrolled Keywords: LINUS program; Teaching and learning
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Faculty of Education
Depositing User: Ms. Wati Yusuf
Date Deposited: 30 Oct 2014 00:52
Last Modified: 18 Oct 2018 06:34
URI: http://eprints.um.edu.my/id/eprint/10309

Actions (login required)

View Item View Item